Advertisement

Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga.

MACSM MANA NAK KECAPI KEBAHAGIAAN DALAM RUMAHTANGGA. Semua orang mengharap rumah tangganya sentiasa aman damai harmoni dan sejahtera. Kalau boleh till jannah la bak kata orang sekarang. Sebenaqnya bagi cikla nak capai semua tu kena usaha gak, tak kira dari pihak isteri atau suami. Dua-dua kena pandai mainkan peranan. Kalau nak harapkan sebelah pihak je, rasanya tak kan menjadi kot. 

Apa yang penting tolak ansur dan toleransi dalam hubungan. Apa kata kita tengok apa tips yang mungkin kita boleh guna untuk menyemarakkan lagi cinta kita dalam rumah tangga. Noted to me too. Check it out yoooo!

Macam mana nak kecapi kebahagiaan dalam rumahtangga.


P1 - Jangan segan puji pasangan kita. Kalau suami, pujilah masakan isteri ke, pujilah isteri tu comey ke, kan berbunga-bunga je hati si isteri. Pastu lagi bersemangat dia nak masakkan untuk kita. Haa, dah jimat, tak payah makan kat kedai lagi. Si isteri pulak pujilah suami bila dia sudi bantu kita kat dapur, tolong sidai kain. Lagi rajin si suami kita nak tolong kita pas ni. Ringan skit keje kita ada orang bantu.

P2 - Peluklah isteri dan suami kita sekerap mungkin sebab itu adalah salah satu rahsia untuk mengeratkan lagi  kasih sayang. Awww, sweet kan.

P3 - Penghargaan, kalau ada duit lebih tu jangan kedekut nak bagi isteri atau suami kita hadiah sebab orang kata boleh menambahkan lagi kasih sayang.

P4 - Perhatian, ambil berat pasangan kita. Kurangnya kasih sayang dan perhatian boleh buat pasangan rasa terabai.

P5 - Persefahaman. Bagi cikla ni yang paling penting. Lagipun, sebagai seorang yang berkerjaya tak kira suami atau isteri adalah perlu tolak ansur dan faham kerjaya masing-masing.

P6 - Pergaulan. Jagalah pergaulan kita dengan orang lain. Jangan sampai melampaui batas sampai menimbulkan rasa cemburu. Haaa, jaga-jaga cik Salmah. Hihi.

P7 - Percutian, sekali sekali pergilah bercuti berdua-duaan.

P8 - Permohonan, sentiasa berdoa kepada Allah supaya hubungan sentiasa dirahmati serta dijauhkan dari sebarang godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Macam mane? Apa yang penting moh la kita sama-sama praktikkan tips kat atas tu. Kalau tak dapat nak buat semua dapat buat separuh pun kira ok dah....

Sumber: Ruangan kasih sayang, Metro Ahad.

Post a Comment

2 Comments

  1. bgus tips ni cik la..hehehe..sy yg x khwin lg ni blh baca sbg preparation.. ^^

    ReplyDelete