Setiap ibu yang hamil mesti nak jaga kandungannya elok-elok start dari trimester pertama lagi sampailah melahirkan. Tak kiralah dari segi pemakanan, amalan seharian dan sebagainya pasti diambil kira. 

Yelah kan, zuriat sendiri lebih-lebih lagi kalau anak sulung. Bagai ditatang bagai minyak yang penuh. Betul tak?

Cikla nak share beberapa amalan yang mungkin boleh membahayakan keselamatan ibu dan bayi dalam kandungannya. 

Moga ia akan memberi sikit banyak manfaat terutama untuk mak-mak buyung kat luar sana, termasuklah cikla sendiri. Check it out!

  1. Mengurut atau mengubah kedudukan janin.
  2. Mengambil jamu, herba atau ubatan, minuman keras dan merokok.
  3. Mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.
  4. Buat kerja berat, menunggang basikal atau memandu pada akhir kehamilan (dekat-dekat nak bersalin).
  5. Melakukan hubungan kelamin jika berlaku pendarahan dari faraj atau kedudukan uri di bawah.
  6. Mengunjungi pesakit yang menghidap penyakit berjangkit seperti campak, tibi terutamanya di awal kehamilan.

Cikla harap info ni berguna untuk kita jadikan panduan dan ingatan. 

**Nota kaki: Kalau kita berasa lapar sepanjang masa, buang air kecil dan letih, kemungkinan kita mengalami gestational diabetes. Ini akan menyebabkan bayi kita bersaiz besar dan risiko melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.

Sumber info: Mami & Baby Magazine.