Hye semua. Cikla harap semua sihat dan haappy sokmo. Ermmm, bila tengok kat title tu apa lak kaitan buluh dalam ini story? Itu hanyalah perumpamaan aje. 

Sebenarnya cikla nak cite pasal cara kita ye sebagai ibu-ibu dalam mendidik anak-anak. Tak dinafikan cikla ni agak tegas dan garang skit dalam mendidik anak-anak. Walaupun anak cikla ni dua-dua girl, tapi lasak yang amat. Mengalahkan boboi.

Budak-budak umur camni mudah terpengaruh dan terikut-ikut apa yang orang disekeliling dia buat. Tak kira lah baik atau sebaliknya. Janganlah depa dengaq perkataan yang kureng elok skit, memang la diingatnya. Macam tu jugak dengan kelakuan. Mudah sangat mengikut dan tiru. Kalau yang elok takpe, tapi kalau yang tak? Kan dah jadi masalah.

Melentur buluh....
Melentur buluh....
Melentur buluh....
Melentur buluh....

Lagi satu budak-budak ni dia macam suka balas. Maknenya berdendam. Kalau bergaduh adik beradik mesti si kakak atau si adik nak balas balik. Tapi biasanya adik yang kalah. Last, nangis.

Sebenaqnya situasi camni lah kita sebagai ibu atau ayah kena pandai handle. Ada setengah parents tu suka pulak mengapi-api. Contohnya, "haaa dik, nape tak balas balik. Tumbuk balik kakak tu." 

Sebenaqnya tak elok kan ajar anak camtu. Sepatutnya kita ajar anak berdamai dan berbaik-baik.

Bagi cikla apa yang penting, didiklah anak kita sedari kecil dan kalau boleh sejak dari dalam kandungan lagi. Amboi, sampai macam tu sekali ek. 

Iye la bukan apa didikan awal tu memang penting sesangat. Tu sebab orang tua-tua kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti kalau dah besaq esok apa yang kita terapkan masa kecil jadikan diaorang lebih berperangai molek.

*Nota Kaki: Ambillah ikhtibar dari cerita ANAKKU SAZALI. Nak manjakan anak boleh aje tapi biarlah berpada-pada.