Perubahan najis bayi tanda tidak sihat.

Tabiat buang air dan keadaan najis si manja kita seharusnya jangan amik ringan. Sebenarnya melalui tabiat inilah kita dapat tau samada si manja kita ni sihat atau tak. Sepatutnya seorang ibu perlu tau bahawa kekerapan dan ketetapan keadaan najis berbeza antara bayi sebab ia bergantung pada makanan yang diambil. 

Jadi, jom kita semak jenis najis yang tak normal untuk menentukan tahap kesihatan si manja kita. Moh kita.

Perubahan najis bayi tanda tidak sihat.
Perubahan najis bayi tanda tidak sihat. Kredit Google. 

Pertama: Cirit-birit.

Gejalanya termasuklah najis yang sangat cair dalam jumlah yang lebih banyak dan kerap. Sebenarnya, bayi yang diberikan susu badan kurang risiko kena cirit-birit sebab susu badan dapat merencat mikroorganisma yang menjadi penyebab cirit-birit. Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam tempoh 24jam, tapi kalau tak sembuh gak better pergi bawak jumpa doktor. 

Kedua: Sembelit. 

Gejalanya termasuklah susah buang air besar, bentuk najis seperti batu kecil dan keadaan kering, sakit perut, meragam dan kadang-kadang ada darah pada najis sebab rekahan dubur masa pengeluaran najis. Tapi, bayi yang minum susu badan jarang alami sembelit sebab susu badan ada semua nutrien yang baik untuk mengekalkan kelembutan najis si manja.

Ketiga: Najis berwarna hijau dan berbuih.

Mungkin si manja kita mengambil terlalu banyak laktosa. Ia berlaku bila bayi terlalu kerap menyusu menyusu tapi tak mengenyangkan dan tanda ada kuman dalam perut bayi.

Keempat: Kesan darah pada najis. 

Palitan darah disebabkan luka kecil pada dubur bayi kerana sembelit.

Kesimpulannya, susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kita sebab ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh si manja. Sama-samalah kita prihatin pada tahap kesihatan si manja supaya mereka kekal aktif dan membesar bagai johan.

Credit to: Akhbar Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews