Kerana kata hati terluka.

Orang kata bahasa mencerminkan keperibadian seseorang. Kadang-kadang, dengan kata atau bahasa yang kita gunakan, orang boleh menilai diri kita. 

Tak kira apa jua keadaan, gunakanlah bahasa yang enak didengar walaupun pada masa tu kita dalam keadaan marah atau sebaliknya.

Sesetengah orang kalau bergaduh, mulalah bahasa yang keluar tu bertukar corak. Jadi kasar dan biadap. Hati tengah panas kan, bahasa pun jadi tak sopan asalkan hati puas. 

Sebenarnya, tak elok macam gitu. Bukan apa, ini menunjukkan yang kita ni seperti kurang didikan moral terutamanya, dan yang pastinya orang akan menilai kita jauh lebih buruk. Nak ke camtu? Nauzubillah.

So, cikla nak share lima gaya bahasa yang perlu dielak bila ketika bergaduh. Thanks a lot pada Harian Metro (ruangan Addin) atas info yang sangat berguna ni. Dah-dah, jom kita semak;

Kerana kata hati terluka.
Kerana kata hati terluka. Kredit Google.

  1. Bahasa merendahkan - ada segelintir yang ada kelulusan atau pencapaian yang bagus suka merendah-rendahkan orang lain. Ye betul, memanglah dia lagi bijak pandai dari orang lain, tapi tu bukan modal untuk kita menghina.
  2. Bahasa tak peduli - ia selalu digunakan untuk menghukum orang lain dengan cara tak memberitahu jln penyelesaiannya. Apa lagi, terkapai-Kapaa lah kawan tu kan. Tak ke kesian?
  3. Bahasa menghina latar belakang - biasanya mereka akan menghina pendidikan, kerjaya dan yang paling teruk, mengenai keluarga.
  4. Bahasa menutup minda - biasanya dia nak tunjuk dia lebih bijak dari orang lain, dan nampak menarik. Lebih kurang macam bahasa berlagak la.
  5. Bahasa mengawal - lebih kurang macam bahasa memaksa. Paksa orang lain buat apa yang dia suruh.

Jadi, cikla rasa walau dalam apa pun situasi janganlah kita menggunakan bahasa-bahasa yang kurang elok sebab bukan buat orang suka kita malah makin meluat. 

Sebolehnya, elakkan gaya bahasa kat atas nuuuuu supaya harmoni dan aman sentiasa. Jaga bahasa, InshaAllah orang suka! 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews