Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu.

By Cikla Shahril - April 27, 2014

Mungkin sebelum ni ada ibu yang tak tau, jadi cikla rasa info ni macam penting je kita sebagai ibu kena tau. Dah-dah jom kita tengok apa dia. 

Firstly, cikla nak habaq betapa pentingnya sendawa pada baby sebab sedawa dapat mengelakkan baby kita kembung perut. Kalau dah kembung, apa lagi nangis aje la kejenya kan. Lagipun, bila baby menyusu, sejumlah kecil udara secara tak langsung akan ikut serta sama dalam badannya. Tak kira menyusu badan atau menyusu botol.

Kalau baby menangis semasa menyusu lebih banyak udara akan masuk dalam badannya dan ini akan mengakibatkan kembung. Malah, ada yang dah berhenti minum walaupun belum kenyang lagi sebab tak selesa. Selain tu, kalau kita terus baringkan baby lepas menyusu tanpa sendawakannya, baby boleh muntahkan balik susu yang diminum. Tapi, ibu-ibu kena tau ada baby yang senang nak sendawa dan ada sebaliknya.

Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu.
Kepentingan dan cara sendawakan bayi selepas menyusu. Sumber Google.

Jom kita tengok cara mudah nak sendawakan baby terutama pada ibu-ibu yang baru memiliki baby kan. Biasalah belum ada pengalaman, jadi cikla rasa ni info berguna sangat.

  • Di bahu - baby digendung pada posisi tegap samada kita dalam keadaan berdiri atau duduk. Muka baby menghadap ke belakang dan dagu baby atas bahu kita. Usap perlahan belakang baby sampai dia sendawa. Sebelum tu, alas bahu kita dengan kain, sebab manalah tau tetibe baby muntah kan. Hehe.
  • Meniarap di pangkuan - Baby ditu arapkan atas peha kita dengan posisi melintang sehingga salah satu peha menekan perut baby. Pastikan baby kita selesa dan tahan dada baby dengan satu tangan, sementara tangan yang satu lagi usap belakang baby perlahan. Pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya. 
  • Dukung - Dukung baby sampai berjalan-jalan dalam rumah sementara tangan sebelah menggosok belakangnya. 
  • Cara pangku baby menghadap ke depan - Dudukkan baby di atas peha kita dan muka baby menghadap ke depan. Biar badan baby dalam kedudukan condong ke depan, gosok dan tepuk perlahan punggungnya sampai baby sendawa. 
  • Meriba - Letak baby dalam posisi duduk atas peha kita dengan membongkokkan sedikit badan baby. Gosok perlahan belakangnya dengan jari kita dan hati-hati bila memegangnya sebab kalau tersalah pegang maybe akan menyebabkan baby termuntah. Orang cakap cara ni paling mudah.

Biasanya baby umuq 4-6 bulan dan pernah alami sakit perut amat mudah nak kena kembung perut. Tanda-tandanya adalah baby kurang dari 3 bulan akan menangis dan menjerit serta kaki ditarik ke dada semasa menangis. Baby menangis pada masa lebih kurang sama setiap hari.

Semoga info ni berguna untuk ibu-ibu semua.

Sumber info: Majalah Pa&Ma.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments