13 April 2018

Senarai doa yang boleh diamalkan oleh ibu supaya anak-anak menjadi anak soleh dan solehah.

Senarai doa yang boleh diamalkan oleh ibu supaya anak-anak menjadi anak soleh dan solehah. | Assalamualaikum wbt. Cabaran mendidik anak pada zaman sekarang ni sangatlah mencabar. Bagi diri cikla sendiri, walaupun anak-anak cikla masih kecil, dah terasa betapa besarnya cabaran dalam proses mendidik mereka. Dalam usia kecil sebegini, lagilah mereka mudah terpengaruh. Macam anak cikla, janganlah kita cakap bahasa yang kasar sikit walaupun sesama orang dewasa. Kalau didengarnya, amboi cepat je dia 'menghafalnya'... Macam tu jugak dengan tingkah laku. Memang laju je diaorang meniru. Huhu...

Cikla percaya setiap ibu dan ayah pasti mengimpikan malah mahukan anak-anak mereka menjadi anak yang mendengar kata, hormat kepada mereka dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Semua ini tak mustahil diperolehi kalau si ibu atau si bapa sentiasa memanjatkan doa kepadaNya demi anak-anak. Orang cakap, doa ibu dan ayah InshaAllah dimakbulkan oleh Allah SWT. So, apa kata kita amalkan doa-doa ini. Orang cakap tak dapat amalkan semua, salah satu kita dapat buat pun kira oklah tu kan.

Senarai doa yang boleh diamalkan oleh ibu supaya anak-anak menjadi anak soleh dan solehah. 

Senarai doa yang boleh diamalkan oleh ibu supaya anak-anak menjadi anak soleh dan solehah.

(1) Doa untuk melembutkan hati anak yang degil. Amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19, yang bermaksud :


“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa..."

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. InshaAllah, perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak semasa dia sedang tidur.

(2) Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh. Semasa memasak, basahkanlah lidah dan bacakan doa dari Surah Ali Imran ayat 200, yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya...”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff' dan 'Ya Rahman’ secara berulang-ulang. Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.  Doanya,

"Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya)...”

Kemudian, hembuskan pada makanan dan minuman. Jika si anak masih menyusu, hembuskanlah pada susunya.

(3) Doa untuk menangani anak lasak dan nakal. Amalkan Surah Ibrahim ayat 40, yang bermaksud :

 “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku...”

Setiap kali selepas sembahyang, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74, yang bermaksud :

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa...”

(4) Doa supaya anak rajin solat. Amalkanlah Surah Ibrahim ayat 40-41, yang bermaksud :

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami  perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)..."

Doa ini sebaiknya dibaca selepas sembahyang, ataupun setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InshaAllah, anak-anak akan utamakan solatnya.

(5) Doa anak taat perintah Allah, amalkanlah doa ini iaitu Surah Al-Baqarah ayat 128, yang bermaksud :

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah)  di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini.  Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang..."

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas sembahyang.

(6) Doa agar anak dengar kata. Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69, yang bermaksud :

“Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim..."

atau Al-Hasyar ayat 22-24, yang bermaksud :

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Dialah  Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.  Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana..."

(7) Doa memohon rahmat dan keberkatan. Kalau surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga disarankan untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan supaya hasilnya akan menjadi lebih baik. So, mereka bolehlah amalkan surah Al-Imran ayat 8-9, yang bermaksud :

“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.  Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya.  Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji..."

Semoga bermanfaaat. 

Kredit Telegram.me/PetuaDanKesihatan.

2 comments:






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.