Belajarlah redha, walau dalam keperitan.

Kadang-kadang hidup ini tak berjalan seperti yang kita rancang. Kita usaha bersungguh-sungguh, kita doa siang dan malam, tapi hasilnya tetap tak seperti yang diharapkan. Rasa kecewa itu hadir, rasa putus asa pun mula menjelma. Hati bertanya, "Kenapa aku? Apa salah aku?"

Tapi di saat itu, jika diberi pilihan, pilihlah untuk sabar. Pilihlah untuk redha. Meskipun kita punya seribu satu sebab untuk marah, untuk kecewa, untuk putus asa tetaplah belajar untuk tenang. Kerana apa yang sedang berlaku ini bukanlah satu hukuman. Ia adalah ujian. Ujian daripada Allah SWT yang Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

Kadang kita rasa doa kita tak dimakbulkan. Tapi sebenarnya, Allah sedang beri sesuatu yang lebih besar daripada yang kita pinta iaitu kekuatan. Kita mungkin rasa lemah, namun dalam diam, Allah sedang membina hati kita, mendidik jiwa kita agar lebih tabah dan kuat.

Belajarlah redha, walau dalam keperitan.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, semuanya telah ditulis sejak azali. Bukan sia-sia. Bukan tanpa sebab. Allah tak pernah silap dalam mengatur kehidupan hambaNya. Mungkin kita belum nampak sekarang, mungkin jalan yang kita lalui sekarang penuh onak duri tapi suatu hari nanti, kita akan memandang ke belakang dan bersyukur. Kita akan faham, "Oh, inilah hikmah yang aku tak nampak dulu."

Jadi, tenanglah. Teruskan melangkah, walau perlahan. Jalani hidup ini dengan sabar, walau dalam linangan air mata. Redhalah walau dalam keterpaksaan. Kerana dalam redha itu, ada kekuatan yang luar biasa. Dan yakinlah Allah SWT sentiasa ada. Dialah sebaik-baik perancang, dan lukisan hidup yang Dia coretkan untuk kita adalah yang paling indah, paling sempurna, walau kadang-kadang tak seindah yang kita harapkan.

Wallahualam. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews