Tabiat yang boleh buat anxiety makin teruk dan ramai tak sedar.
Rasa cemas atau anxiety adalah perkara biasa dalam kehidupan moden. Tapi tanpa sedar, ada beberapa tabiat harian yang kita anggap ‘normal’ sebenarnya boleh jadi pencetus atau trigger yang menjadikan keresahan makin kuat dan sukar dikawal.
1. Terlalu banyak skrol media sosial.
Media sosial memang tempat cari hiburan, tapi ia juga tempat perbandingan tanpa henti. Kita lihat hidup orang lain yang "nampak sempurna" dan tanpa sedar, kita rasa tak cukup, tak berjaya atau ketinggalan.
Apa boleh buat:
Hadkan masa skrol. Pilih untuk ikut akaun yang memberi inspirasi dan bukan tekanan.
2. Kurang tidur / waktu tidur tak teratur.
Kurang tidur boleh ganggu keseimbangan hormon, termasuk hormon stres (kortisol). Tidur yang tak cukup buat otak lebih mudah panik dan sukar bertenang.
Apa boleh buat:
Cuba tetapkan waktu tidur dan bangun yang konsisten. Elakkan skrin sejam sebelum tidur.
3. Terlalu banyak kafein.
Kopi, teh tarik atau minuman tenaga semuanya boleh merangsang sistem saraf. Kalau diambil berlebihan, ia boleh menyebabkan jantung berdebar dan rasa gelisah makin ketara.
Apa boleh buat:
Kenal pasti tahap toleransi diri. Tukar sebahagian minuman kepada air kosong, teh herba atau minuman tanpa kafein.
4. Menyimpan emosi sendirian.
Tahan tangis. Pendam rasa. Tak nak susahkan orang lain. Tapi bila emosi tak diluahkan, ia akan mencari jalan keluar, kadang-kadang dalam bentuk keresahan melampau.
Apa boleh buat:
Cari ruang untuk meluah sama ada melalui penulisan jurnal, bercakap dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan profesional.
5. Terlalu fokus pada “worst case scenario”.
Mindset “what if” boleh memerangkap kita dalam gelung ketakutan yang tak berkesudahan walaupun perkara itu belum (atau takkan) berlaku.
Apa boleh buat:
Gantikan “What if something goes wrong?” dengan "What if I can handle it?". Latih diri fokus pada apa yang boleh dikawal.
6. Multitasking secara berlebihan.
Buat banyak benda dalam satu masa bukan tanda produktif ia tanda otak sedang terlalu sibuk dan boleh menambah rasa stres serta gelisah.
Apa boleh buat:
Buat satu perkara dalam satu masa (single-tasking). Gunakan teknik pomodoro atau to-do list yang realistik.
7. Tak jaga makan dan aktiviti fizikal
Badan yang lesu dan perut yang tak sihat boleh pengaruhi kesihatan mental. Gula berlebihan dan kekurangan nutrisi boleh ganggu keseimbangan emosi.
Apa boleh buat:
Ambil makanan seimbang, banyakkan sayur, buah dan air. Cuba gerakkan badan sekurang-kurangnya 15-20 minit sehari walaupun hanya berjalan.
Anxiety bukan semata-mata masalah fikiran, ia berkait rapat dengan tubuh, rutin harian dan gaya hidup kita. Mengubah tabiat mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar dalam jangka masa panjang. Yang penting, mula dengan satu perubahan kecil hari ini.
Jangan terlalu keras dengan diri. Healing bukan tentang kesempurnaan, tapi tentang kemajuan sedikit demi sedikit.
Moga bermanfaat.
0 comments