Cara mudah buat gel aloe vera homemade, 100% semula jadi.

Aloe vera atau lidah buaya memang terkenal dengan gel semula jadinya yang penuh manfaat untuk kulit, rambut dan kesihatan secara umum. Tapi tahu tak korang, kita boleh je kalau nak buat sendiri gel aloe vera di rumah dengan cara yang sangat mudah dan jimat? Pokok pangkalnya, rajin. Gitu. Hehe. 

Kalau kita buat sendiri, tak payah kot kita nak beli produk aloe vera yang bercampur bahan kimia atau pengawet, sebab yang asli dari pokok lebih meyakinkan dan fresh. Kalau korang ada pokok aloe vera kat rumah, korang dah boleh mula buat gel homemade hari ni juga! Ayuh kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

2–3 helai daun aloe vera segar (pilih yang besar dan matang).
Pisau bersih.
Sudu atau sudip kecil.
Blender (optional).
Bekas kaca bersih bertutup.
Vitamin E oil atau essential oil (pilihan tambahan untuk tahan lebih lama).

Cara mudah buat gel aloe vera homemade, 100% semula jadi.

Cara-caranya:

1. Cuci daun aloe vera bersih-bersih. - Bilas bawah air paip untuk buang kotoran atau debu yang melekat pada permukaan daun. Lepas tu, lap kering dengan tisu.

2. Potong duri di tepi daun. - Gunakan pisau untuk buang duri tajam di kedua-dua belah daun.

3. Belah daun secara melintang. - Bila dah belah, korang akan nampak bahagian dalam yang jernih. Haaa, itulah gel yang kita nak ambil nanti.

4. Cedok keluar gel dengan sudu. - Ambil bahagian jernih tu perlahan-lahan, masukkan dalam mangkuk bersih.

5. (Optional) Blend gel aloe vera. - Step ni kalau korang nak tekstur lebih halus dan senang sapu, korang boleh je blend sekejap. Tapi, kalau korsng suka guna terus pun tak jadi no problem! Okey je. 

6. Tambahkan Vitamin E atau essential oil. -Kalau nak panjangkan jangka hayat gel, korang boleh titikkan 1–2 kapsul Vitamin E atau beberapa titis minyak tea tree/lavender. Tapi kalau korang nak guna dalam masa 3–5 hari, yang original pun dah cukup dah.

7. Simpan dalam bekas kaca dan sejukkan. -Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Biasanya tahan 3–7 hari bergantung pada suhu dan kebersihan bekas.

Cara nak guna gel:

1. Sebagai pelembap wajah: Sapukan nipis setiap malam sebelum tidur.

2. Untuk rambut: Sapu di kulit kepala, biar 15–30 minit sebelum bilas.

3. Rawatan jerawat/sunburn: Letak di kawasan terjejas, biar menyerap.

4. After shave/bekas gigitan: Gel aloe vera bantu kurangkan pedih dan gatal.

Haa, mudah je kan? Tak perlu keluar duit banyak dan yang paling penting tak perlu ragu-ragu kandungan bahan. Buat sendiri, guna dengan yakin.

Selamat mencuba. 

3 comments:

  1. Aloe Vera pokok lidah buaya ka?

    ReplyDelete
  2. Zaman teenager saya sering pakai masker alor vera ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜„. Kata mama bagus utk kulit. Tp kalo skr, dah tak pernah buat sendiri.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews