Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

By Cikla Shahril - November 27, 2018

Cikla memang seorang coffee lover. So, sebab tu macam semangat je nak try kek yang satu ini. Gigih mencari bahan-bahan yang diperlukan, akhirnya cikla berjaya buatnya sendiri! Lagipun nak buat kek tak semestinya kena ada mixer. Kalau guna blender pun dah ok dah. Tapi, kena tengok jenis keknya juga. Bukan semua kek boleh guna blender ye! Cikla memang ikut sebiji-biji resepi yang diberikan ni. Sebelum tu, terima kasih kepada tuan punya resepi.

Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!
Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

Bahan A : (Cikla guna cawan kopi).

3 biji telur gred A. 
3/4 cawan minyak masak. 
3/4 cawan gula halus. 
3/4 cawan susu segar. 
3/4 cawan susu pekat manis. 
1 sudu kecil esen vanilla (Cikla guna sudu kfc tu). 
1/2 sudu besar ovalate.

Bahan B : (Ayakkan).

1/2 cawan serbuk koko.
1 sachet  nescafe 3 in one/whitecoffee. 
1  cawan tepung gandum. 
1 sudu kecil baking powder. 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara nak buat :

Panaskan kukusan selama 15 minit menggunakan api besar. Sementara itu, blender bahan A selama 5 minit. Kemudian, masukkan bahan B dan blend lagi sehingga sebati. Kemudian, letakkan adunan dalam bekas/loyang yang korang suka.

Tapi cikla bakar dalam oven. Suhu 160°C, selama 40 minit sehingga kek masak. Nak tau kek dah masak ke belum, cucuk kek dengan lidi yang bersih. Kalau lidi yang keluar bersih takde kesan adunan yang melekat, dah masaklah kek awak tu.

Ini hasil yang cikla buat :

Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!
Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!
Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

Tips dari tuan punya resepi :

Kalau korang rasa tak yakin nak blend bahan kering dalam blender, boleh guna teknik berikut. Bahan cecair (bahan A) di blend sampai putih berkrim. Selepas tu, tuang ke dalam bekas berisi bahan kering (bahan B). Whisk perlahan dalam satu arah. Sebaiknya lawan arah jam sehingga semua sebati. Siap. Kemudian, bakar pada rak tengah, suhu 160°c (ikut oven masing-masing) selama 30-40 minit.

Pendapat cikla, kalau guna 1 sachet nescafe atau whitecoffee tu macam tak rasa sangat kopinya. Rasanya, better letak 2 atau 3 sachet baru ada kick! Tapi, memang moistKorang try lah buat sendiri. Tengok, jadi ke tak. Hehe! 

Kredit resepi : Siti Suhada Mohd Sarif.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sedapnyaaa.. tapi banyak pulak bahan2 dia. hehe

    ReplyDelete
  2. rajin betul buat kek..kalau MN memang tak menjadi kek nie hahaha...

    ReplyDelete