Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga.

Cikla setuju sangat kalau orang cakap, ibu adalah jantung rumah tangga. Memang tak boleh nak disangkal yang ibu adalah pencetus kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga itu. Kalau ibu itu bahagia, maka aura bahagia itu akan merebak keseluruhan isi rumah.

So, sebagai seorang ibu tak kiranya anak berapa, kita kena pandai mewujudkan suasana harmoni dan santai dalam rumah. 

Kalau korang nak tau, keadaan ni dapat memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak menjadi lebih positif terutama melibatkan emosi dan jiwa mereka.

Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga.
Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga. Sumber Google.

Bagi cikla, nak wujudkan suasana sebegini tidaklah sesusah mana. Sebolehnya, kita suami isteri elakkan dari bergaduh kat depan anak. 

Memanglah kadang-kadang tu perhubungan kita ada panas sejuknya, tapi kalau marah pun janganlah kat depan anak. Anak-anak tak boleh tengok 'adegan' tersebut. 

Bukan apa, kejadian ni mungkin akan mempengaruhi perkembangan minda mereka sekaligus menjadikan mereka bersikap negatif. 

Apa yang ditakutkan, mereka akan memendam perasaan dan memberontak. Yang paling menyedihkan bila mereka express semua rasa itu diluar rumah. Terpengaruh dengan kawan-kawan melakukan perkara yang tak elok.

Nauzubillah.

Selain itu, ibu kena pandai 'bermain' dengan emosi anak. Ibu merupakan orang yang paling dekat dengan anak sejak mereka dalam kandungan lagi. 

Contohnya, kalau si anak menunjukkan keputusan peperiksaan yang kurang bagus, jangan tekan mereka. Sebaiknya, beri dorongan dan semangat supaya mereka cuba lagi dan melakukan yang lebih baik di lain kali.

Apa yang penting, jangan memaksa!

Akhir sekali, jadikan ibu yang super di mata anak-anak. Tunjukkan contoh yang baik sebab kita merupakan role model atau suri teladan kepada mereka. Apa aje yang kita buat, mereka akan ikut tak kiralah yang baik atau sebaliknya.

Bak kata pepatah, 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya.' Didiklah anak sedari kecik supaya bila mereka besar kelak, mereka sudah terbiasa dan tau apa yang diajarkan kepadanya.

Sumber Ruangan Panduan Ibu Muda.

4 comments:

  1. Setuju CikLa.. semoga kita semua menjadi ibu-ibu yang membahagikan rumahtangga.. aamiin ya rabb.. :)

    ReplyDelete
  2. Ameen...ibu...sungguh terlalu besar tanggungjawabnya..subhanAllah..

    ReplyDelete
  3. Be the best mom. InsyaAllah ^^

    ReplyDelete
  4. Banyak betul tanggungjawab seorang isteri ni kan.. ahli keluarga lain pun boleh main peranan penting untuk mencipta suasana bahagia dalam keluarga

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews