Kadang-kadang 'emosi' baby kita tak boleh nak agak. Ada kalanya, baby akan menangis sepanjang malam sampaikan kita naik buntu nak pujuk. Bagi susu nangis, didukung nangis, didodoi pun nangis. Cikla faham situasi macam ni. Kata anak empat kan. Huhu. Sebenarnya, baby akan rasa tak selesa kalau perutnya kembung. Baby kan, nak cakap tak tau. Menangislah, apa lagi.
Mengapa baby kembung? Sumber Google. |
Ada yang menyebabkan baby boleh kembung ye? Sebenarnya, banyak sebabnya. Salah satu sebabnya adalah kesan dari pengumpulan gas di dalam perutnya yang tak boleh disingkirkannya sendiri. So, langkah pertama yang ibu kena lakukan adalah sendawakan baby sebaik saja baby selesai menyusu.
Selain itu, kalau baby kuat menangis ini akan menyebabkan semakin banyak angin yang akan masuk ke perutnya. So, kesannya kembung semakin teruk. Ibu boleh melakukan 'infant massaging' di perut dan belakang baby untuk melegakan kembung. Baby akan rasa lebih selesa.
Antara sebab lain yang menyebabkan baby kembung adalah;
- Cara baby menyusu botol yang salah. Kalau korang nak tau, pemilihan saiz lubang puting botol yang salah jugak boleh menjadi penyebab. Ini kerana keadaan ini akan menyebabkan banyak udara disedut untuk mendapatkan susu.
- Overstimulation sebab baby menangis terlalu banyak dan aktif.
- Penghadaman susu yang tak sesuai serta banyak gas terhasil.
- Baby mungkin tak sesuai dengan susu formula disebabkan oleh 'lactose intolerance'.
So, ibu-ibu jangan stress tau. Semoga tips ni dapat membantu.
Sumber Ruangan Panduan Ibu Muda.
Singgah kutip ilmu... :)
ReplyDeleteSemoga bermanfaat...
Deletewaahhh lamanya x singgah sini
ReplyDeleteTq sudi singgah lagi
Delete