'Santai Tapi Sampai'

28 April 2017

Jangan lakukan ini kalau korang pergi melawat baby baru lahir.

Siapa yang tak happy kalau menerima kehadiran orang baru kan. Maksudnya babylah. Seisi keluarga rasa seronok, malah kawan-kawan pun sama turut rasa tempias keseronokan itu. Tapi, seronok-seronok jugak. Ada beberapa hal yang kita kena ambil berat masa pergi melawat baby dan jugak ibunya tau.  

Maklumlah, baby masih kecik. Antibodi pun tak kuatkan lagi, mudah mendapat jangkitan penyakit. Si ibu pulak mungkin masih lagi lemah dan memerlukan rehat yang cukup. Bukan tak bagi pergi melawat mereka, tapi sebaiknya korang baca dulu apa yang cikla nak share ni sebelum korang nak pergi nanti. 

  1. Jangan suka-suka hati nak kiss baby orang, lebih-lebih lagi kalau tak mintak izin ibu  baby tu. Ni tak, main angkat, lepas tu terus cium je. Kalau korang nak tau, baby baru lahir ni sistem imun mereka sangat basic. So, ditakuti banyak kuman pada orang dewasa akan menjangkiti baby seterusnya mengancam nyawa si baby tu. Nauzubillah.
  2. Untuk korang yang merokok tu, elakkan duduk berhampiran dengan baby. Bukan apa, mungkin korang merokok 2 atau 3 jam yang lalu tapi partikel nicotine termasuklah bahan kimia dalam asap rokok tu masih ada pada pakaian, rambut dan kulit korang. Partikel toksik tu dinamakan 'third hand smoke' dan ia boleh jadi penyebab kanser tau. 
  3. Jangan mendukung baby sambil pegang cawan air panas. Memang bahaya sangat sebab cuba korang bayangkan kalau tiba-tiba cawan tu tertumpah dan terkena baby. Anak orang tu.
  4. Taulah korang dah melahirkan 2,3 kali. Sebaiknya, jangan terlalu bagi banyak tips itu dan ini kat ibu muda tu. Bukan apa, maklumlah dia kan  baru pertama kali melahirkan anak, so sebaiknya berikan aje sokongan untuk dia menghadapi tempoh berpantang dan menguruskan baby.
  5. Kalau korang datang menziarah, lepas tu korang tengok baby tu tengah tidur janganlah korang pergi kejutkan baby yang tengah tidur tu pulak. Jangan, sebab kita tak tahu kan dah berapa lama si ibu tu nak tidurkan anaknya. Dahlah ibu tu masih dalam pantang. Tak pasal-pasal si ibu tu stress disebabkan kita. Lagipun, stress bahaya tau sebab ia boleh menyebabkan penyakit meroyan (pospartum depression). Nauzubillah, mintak dijauhkan.

So, ingat tau!

Sumber Facebook Dr. Taufiq Razif.

2 comments:

  1. huhu..yg akhir tu syg kalo kite dtg lawat tp baby tido..

    ReplyDelete
  2. Ada yang tidak mahu langsung dilawati ketika dlm pantang kerana takut terjadi sesuatu pada baby..ada yang tiada masalah dan sentiasa terbuka menerima tetamu...bagi PC yang menziarah yang perlu lebih menjaga dan berjaga-jaga...berpada-pada..manakala ibu bapa baby sopanlah beritahu kalau belum bersedia terima tetamu biar pun hak ibu bapa untuk lindungi baby yang baru lahir...hati orang sukar diduga..hujungnya tawakkal pada DIA.

    ReplyDelete