Advertisement

Macam mana nak nampak muka awet muda?

MACAM MANA NAK NAMPAK MUKA AWET MUDA? Siapa yang tak nak muka nampak lebih muda dari usia sebenar kan? Bila orang puji, muka kita nampak lebih muda, hati mulalah berbunga-bunga je. Tapi, macam mana pulak kalau muka kita nampak lebih tua? Padahal baru 25 je pun.

Keciknyalah hati, nak-nak pulak kalau ada yang menegur. Dah dah, jangan sedih-sedih. Semua masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting, korang kena rajinlah. So, jom baca ni macam mana nak nampak muka awet muda.

Macam mana nak nampak muka awet muda?

Cikla pernah jugak dengar orang cakap air kelapa boleh menjadikan kita cantik. Korang basuh je muka korang dengan air kelapa, biarkan ia kering sebelum dicuci dengan air bersih. Kalau korang nak tau, air kelapa dipercayai boleh membersihkan muka korang, di samping menegangkan kulit dan pudarkan parut di muka. Korang amalkan setiap hari, in shaa Allah hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Ais jugak bagus untuk mengatasi muka yang sembap sekaligus menjadikan muka lebih berseri gitu. Kalau korang nak muka korang rasa segar je sebelum korang makeup, tekap dulu muka korang dengan ais. Lepas tu, baru makeup.

Kalau korang nak haluskan kulit pulak, korang pakai je skrub nenas. Nak buat skrub nenas ni senang je. Korang just blend nenas sampai hancur, then sental je nenas tu kat muka. Tapi, buat perlahan-lahan. Skrub ni dikatakan dapat membuang sel kulit mati. So, kulit muka akan jadi lebih anjal dan muda.

Macam mana nak nampak muka awet muda?
Macam mana nak nampak muka awet muda? Sumber Google.

Selain dari 3 cara alami di atasi, ada 3 perkara lagi yang sangat penting dititikberatkan demi mendapatkan kulit muka yang sihat serta awet muda. Jangan lupa minum air putih secukupnya sebab kalau korang kurang minum air akan menyebabkan badan kita mengalami dehydration. So, kulit akan jadi lebih kering dan proses penuaan kulit jadi lebih pantas.

Dengan meminum air yang cukup dapat membantu toksin dalam badan disingkirkan secara semulajadi. So, kelembapan kulit dapat dikekalkan. Korang jugak perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup, sebab ia penting untuk mendapatkan badan dan muka yang  segar.  Fresh gitu...

Selain itu, sebolehnya korang curilah masa sikit untuk bersenam. Paling tak pun korang jogging. Bersenam boleh mengecilkan berat badan korang sekaligus memantapkan stamina diri. Takdelah lemah longlai di sana sini. Korang akan nampak sentiasa  bertenaga dan bersemangat. Lagi pun, hormon antipenuaan dapat dirangsang melalui system hypnosis hypothalamus di otak.

Lagi satu, jangan lupa berwuduk sebab air wuduk akan menjadikan muka kita lebih berseri secara  semulajadi. So, muka akan nampak lebih awet muda.

Sumber Ruangan Tips Cantik.

Post a Comment

3 Comments

  1. Org ckp ketawa pun blh buatkan kita nampak awet muda. Auta ke fakta? Huuhu. Nak jugak nampak mudaaaa n berseri2 :D

    ReplyDelete
  2. saya suka tip yang last sekali..

    berwudhuk akan menjadikan muka kita segar dan bercahaya...

    ReplyDelete
  3. kalau ambik air wudhuk, insyaAllah. muka berseri-seri. takyah dah pakai produk memahal. hehe

    ReplyDelete