Di pasaran sekarang cikla rasa memang banyak dah fesyen tudung yang ada. Fabriknya pulak macam-macam jenis. Betul tak? Mungkin disebabkan 'saingan' yang agak meriah ni mendorong mereka lebih bijak dan kreatif mempelbagaikan jenis fabrik dan tudung masing-masing. Persaingan sihat takpelah. Boleh jadi pendorong untuk lebih baik. Kan.
Sebenarnya, ada berbagai jenis fabrik yang sesuai untuk dijadikan tudung. Korang nak tau tak? Bukan apa, lepas ni kalau korang nak beli tudung atau nak buat sendiri dah taulah mana yang ok dan mana yang gak ok.
Tips pilih fabrik yang sesuai untuk dijadikan tudung. Sumber Pinterest. |
Ada 4 jenis fabrik yang sesuai dijadikan tudung, iaitu fabrik kapas, sifon, likra dan satin. Fabrik kapas adalah fabrik yang paling mudah digayakan serta dibentuk pada muka kita. Malah, masa kita mengayakan tudung dari fabrik ni memang akan nampak kemas je. Lagipun, ia jugak bersifat sejuk dan kebanyakkan adalah berbentuk segiempat sama.
Ada yang mengatakan, kalau nak menggayakan tudung dari fabrik sifon pulak memerlukan 'kesabaran' yang tinggi. Sebab apa? Sebab, fabrik sifon biasanya bersifat licin, terlalu sensitif dan perlu penjagaan rapi. Tapi, peminat fabrik ni jangan risau sebab ada cara nak memakainya.
Apa yang penting, masa korang memakai tudung sifon ni pastikan korang pakai anak tudung jenis kapas tau. Bukan apa, ia dapat mengelakkan shawl atau tudung sifon korang tu 'terlucut' dari kepala. Selain tu, gunakan pin jugak supaya nampak lebih cemas. Kalau korang nak tau, tudung dari fabrik sifon ni amat sesuai dipakai ke majlis rasmi.
Tapi cikla rasa ramai yang sukakan tudung dari fabrik likra sebab fabrik sebegini amat senang dijaga dan tak payah nak digosok pun. Cikla memang sukalah sebab biasalah kan. Anak dah ramai, kadang-kadang nak keluar memana pun takdan nak gosok-gosok. Terus capai tudung, sarung terus. Ibu yang anak ramai taulah kan. Apa yang penting fabrik likra jugak sangat senang dan kemas masa dipakai. Best!
Fabrik satin pun selalu jugak orang jadikan tudung. Orang cakap, satin ni nampak mewah dan feminim dan apa yang penting masa pakai tudung dari fabrik ni nampak cantik terletak je. Tapi itulah, sama macam fabrik sifon fabrik satin jugak agak susah digayakan kalau tak kena dengan gayanya.
Tapi bagi cikla, pilihlah fabrik tudung yang tak panas dan boleh menyerap peluh. Bak kata orang, sesuai dengan keadaan iklim kat Malaysia ni. Kan kan kan.
Sumber Ruangan Stailo.
kalau utk org yg guna kaca mata agaknya fabrik apa yg sesuai? kapas? kalau guna yg jenis terlampau lembut alahaiiii mcm nak roboh je tudung sbb lembik smcm :/
ReplyDeletesuka tgk mcm2 jenis tudung
ReplyDeletesaya tag cikla
ReplyDeletehttp://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/04/giveaway-ecards-raya-nostalgia-puasa.html
kalau saya xkisah fabric apa asalkan xpanas dan senang dibentuk..hihi
ReplyDeletemmg cantik fabrik satin tp ya ampunnn susah nak bentuk..mmg boleh buat stress hehe
ReplyDelete