Tips pilih fabrik yang sesuai untuk dijadikan tudung.

Di pasaran sekarang cikla rasa memang banyak dah fesyen tudung yang ada. Fabriknya pulak macam-macam jenis. Betul tak? Mungkin disebabkan 'saingan' yang agak meriah ni mendorong mereka lebih bijak dan kreatif mempelbagaikan jenis fabrik dan tudung masing-masing. Persaingan sihat takpelah. Boleh jadi pendorong untuk lebih baik. Kan.

Sebenarnya, ada berbagai jenis fabrik yang sesuai untuk dijadikan tudung. Korang nak tau tak? Bukan apa, lepas ni kalau korang nak beli tudung  atau nak buat sendiri dah taulah mana yang ok dan mana yang gak ok.

Tips pilih fabrik yang sesuai untuk dijadikan tudung.
Tips pilih fabrik yang sesuai untuk dijadikan tudung.  Sumber Pinterest.

Ada 4 jenis fabrik yang sesuai dijadikan tudung, iaitu fabrik kapas, sifon, likra dan satin. Fabrik kapas adalah fabrik yang paling mudah digayakan serta dibentuk pada muka kita. Malah, masa kita mengayakan tudung  dari fabrik ni memang akan nampak kemas je. Lagipun, ia jugak bersifat sejuk dan kebanyakkan adalah berbentuk segiempat sama.

Ada yang  mengatakan, kalau nak menggayakan tudung dari fabrik sifon pulak memerlukan 'kesabaran' yang tinggi. Sebab apa? Sebab, fabrik sifon biasanya bersifat licin, terlalu sensitif dan perlu penjagaan rapi. Tapi, peminat fabrik ni jangan risau sebab ada cara nak memakainya. 

Apa yang penting, masa korang memakai tudung sifon ni pastikan korang pakai anak tudung jenis kapas tau. Bukan apa, ia dapat mengelakkan shawl atau tudung sifon korang tu 'terlucut' dari kepala. Selain tu, gunakan pin jugak supaya nampak lebih cemas. Kalau korang nak tau, tudung dari fabrik sifon ni amat sesuai dipakai ke majlis rasmi.

Tapi cikla rasa ramai yang sukakan tudung dari fabrik likra sebab fabrik sebegini amat senang dijaga dan tak payah nak digosok pun. Cikla memang sukalah sebab biasalah kan. Anak dah ramai, kadang-kadang nak keluar memana pun takdan nak gosok-gosok. Terus capai tudung, sarung terus. Ibu yang anak ramai taulah kan. Apa yang penting fabrik likra jugak sangat senang dan kemas masa dipakai. Best!

Fabrik satin pun selalu jugak orang jadikan tudung. Orang cakap, satin ni nampak mewah dan feminim dan apa yang penting masa pakai tudung dari fabrik ni nampak cantik terletak je. Tapi itulah, sama macam fabrik sifon fabrik satin jugak agak susah digayakan kalau tak kena dengan gayanya.

Tapi bagi cikla, pilihlah fabrik tudung yang tak panas dan boleh menyerap peluh. Bak kata orang, sesuai dengan keadaan iklim kat Malaysia ni. Kan kan kan. 

Sumber Ruangan Stailo.

5 comments:

  1. kalau utk org yg guna kaca mata agaknya fabrik apa yg sesuai? kapas? kalau guna yg jenis terlampau lembut alahaiiii mcm nak roboh je tudung sbb lembik smcm :/

    ReplyDelete
  2. suka tgk mcm2 jenis tudung

    ReplyDelete
  3. saya tag cikla

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/04/giveaway-ecards-raya-nostalgia-puasa.html

    ReplyDelete
  4. kalau saya xkisah fabric apa asalkan xpanas dan senang dibentuk..hihi

    ReplyDelete
  5. mmg cantik fabrik satin tp ya ampunnn susah nak bentuk..mmg boleh buat stress hehe

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews