Mat Dan bukan bujang lagi.

Cikla rasa mesti korang kenal Mat Dan ni kan. Sebelum ni dia menjadi tular sebab kefasihan dia bercakap dalam loghat Terengganu. Khabarnya si Mat Dan ni bukan bujang lagi dah. Haha. Dah kenapa pulak dah. Maknanya, dia dah kawinlah. Menurut Metro, Mat Dan sudah selamat bernikah dengan gadis pilihannya semalam dalam sebuah majlis tertutup dengan sekali lafaz je. Huyooo, cayalah Mat Dan sekali lafaz tu. Hihi. Apa yang menariknya, isterinya itu pun 'mek terengganu'. Molek doh tu. Hihi.

Mat Dan bukan bujang lagi.
Mat Dan bukan bujang lagi. Kredit Google.

Pasangan pengantin baru tu dikatakan telah bertunang pada sebelah pagi hari yang sama. Kira oklah tu kan. Lagipun, bertunang lama-lama tak elok, banyak dugaannya dan godaannya. Majlis itu juga dihadiri oleh kedua ibu bapa Mat Dan dan saudara mara terdekat je. Tapi, majlis resepsinya mungkin diadakan pada hujung tahun sebab menghormati keluarga isterinya yang baru kehilangan ayah. Tahniah Mat Dan dan isteri. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin.

6 comments:

  1. Tapi mmg tahu sbnrnya dia nak kahwin.. Cuna tak tau bila.

    ReplyDelete
  2. adik ada cerita semalam. hehehe. ramailah yang kecewa tu. ada ke gambar pasangannya?

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru.
    Moga kekal bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  4. Selamat Pengantin Baru pada Mat Dan & isteri, semoga perkahwinan kalian diberkati oleh Allah.. =) Comey jea isteri Mat Dan, sama cantik sama padan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. semoga Mat Dan dan isteri bahgia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  6. comey la mat dan.
    omputeh yg sudi blaja bahasa kita.
    loghat ganu lagi.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews