Semua orang nak cantik kan, lebih-lebih lagi bila menggunakan bahan yang selamat, bebas dari bahan kimia dan tentunya menjimatkan. Ada ke bahan macam tu? Mestilah ada, guna je halia. 

Biasa kita tau, halia kita gunakan dalam masakan dan kesihatan kan. Tapi, sebenarnya untuk cantik pun boleh. Nak tau betapa bagusnya halia ni? 

Cikla percaya, semua orang terutamanya perempuan mesti nakkan bibir yang merah secara semulajadi kan? Betul tak? Senang je, just guna halia je. 

Caranya, kupas halia muda dan tumbuk jangan hancur sangat. Kemudian, ambil halia tersebut dan oleskan pada bibir. Tapi, korang jangan tonyok kuat-kuat pulak pada bibir tu, just gosok-gosok manja gitu. Hehe. 

Buat sekali sehari. Cara ni dikatakan dapat menyahkan sel-sel kulit mati seterusnya bibir akan merah semulajadi.

Halia, herba ajaib untuk cantik.
Halia, herba ajaib untuk cantik. Kredit Google.

Cikla rasa korang pun mesti tau kan yang halia ni memang bagus sangat untuk menyingkirkan angin dan toksin dari badan. Nak tau macam mana? 

Caranya, rendam halia yang dihiris dengan teh uncang dan sedikit gula perang dalam air panas. Biarkan selama 2 minit sebelum diminum. Amalkan setiap hari pun takpe. 

Selain itu, cik halia kita ni jugak boleh memecahkan lemak sekaligus membantu menurunkan berat badan secara semulajadi. Just, hiriskan je halia kemudian letak dalam air panas, then diminum ketika perut kosong. In shaa Allah, korang tak kan kecewa dengan hasilnya nanti.

Ada sesetengah orang mengalami masalah bau badan kan. Minyak wangi, deodorant pun dah guna tapi still 'bau' jugak. Emm takpe, jangan risau. Halia boleh membantu menyahkan bau badan yang kurang enak itu. 

Senang je, amalkan je meminum air halia dengan teh atau just kunyah je halia yang ditumbuk halus. *kalau cikla lebih prefer minum tu je kot, nak kunyah direct macam tak terkunyah je. Hihi. 

Kalau tak lalu jugak, just tambahkan aje halia dalam menu masakan korang. Lagi sedap kot.

Wah, berserinya muka awak. Apa rahsianya? Ala, guna halia je. Caranya, halia diketuk separuh hancur kemudian direndam dengan satu sudu madu dan air panas. 

Biarkan sekejap sebelum diminum setiap pagi. Kelebihan campuran ini dikatakan boleh menjadikan perjalanan darah lebih lancar dan badan lebih hangat. 

So that, dia akan menjadikan wajah kita berseri-seri gitu. Kalau nak hasil yang bagus, amalkan secara konsisten. 

Halia, herba ajaib untuk cantik.
Halia, herba ajaib untuk cantik. Kredit Google. 

Selain itu, guna halia untuk melulur. Tumbuk halia, kemudian campurkan dengan tepung beras yang diblend kering. Campurkan keduanya dan bancuh *biarkan pekat, kemudian sapukan ke badan korang.

Kalau cara cikla senang je, just tambah je banyak-banyak halia dalam menu masakan korang sehari-hari. Lagi senang kan.

Jom cantik dengan halia. 

Sumber Ruangan Sekilas Cantik.