Advertisement

Aku diuji...

AKU DIUJI. Rasanya macam dah lama kot cikla tak tulis pasal diri sendiri. Eh eh, ada ke orang nak baca cerita pasal kau cikla oii. Ermm, takpelah. Kalau takde siapa yang nak baca it's ok. Tapi, sekurang-kurangnya cikla dapat meluahkan apa yang terbuku dihati. *syahdu pulak rasa hati. Sekarang cikla sihat, alhamdullilah tapi diri ni telah diuji dengan 'sakit' oleh Allah. Semuanya berkaitan dengan 'benjolan' di tiroid cikla ni.

Sebenarnya, benda ni cikla memang dah perasan ada kecik since bersalin abang Ammar. Tapi kecik dan tak sakit. Then, lepas bersalinkan baby Zara, nampak macam ketara pulak benjolan tu at the left side. Sekarang ni, macam ada ketulan kecik at the right side pulak.

Aku diuji...
Aku diuji... Sumber Google.


Aku diuji...

Pagi tadi, terpaksalah menyerah diri untuk first appointment kat Hospital Putrajaya. Untuk first ni, doktor just check secara rawak je. Means, doktor just tengok and pegang benjolan ni je. And, macam biasalah cikla akan beberapa ujian serta prosedur yang cikla kena lalui for confirmation untuk step seterusnya. InshaaAllah, nanti cikla share apa yang cikla terpaksa hadapi untuk ini, ok. 

Tipulah kan, kalau cikla cakap cikla tak takut, tak gementar, tak risau dan macam-macam lagilah perasan yang negatif yang datang menerpa. Jauh di sudut hatiku yang kecil ini memang cikla takut. Iyelah, sapa aje yang nak sakit kan. Semua orang tak nak. Betul tak?

Walauapapun, cikla sentiasa positif dan stick yang ini adalah ujian dan dugaan dari Allah. Mungkin ujian orang lain lebih berat dari kita. Bersangka baik pada Allah. Lagipun, macam orang selalu cakap, sakit kan penghapus dosa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa cikla dan dosa-dosa awak semua. Amin!

Doakan cikla ye.

Post a Comment

4 Comments

  1. harap2 tak ada apa2 laa :/

    ReplyDelete
  2. Semoga semua baik2 saja cikla. Dan semoga dipermudahkan segala urusan.😇

    P/s: ramai je yg singgah baca. Don't worry 😘

    ReplyDelete
  3. sabar ye cikla. jaga kesihatan tau. In Shaa Allah yang baik baik saja mengiringi cikla :)

    singgah klik ads :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/berhutang-bahagian-akhir.html

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Mudah2an takde apa-apa.
    Ya Allah, Kau permudahkanlah jangan Kau rumitkan.

    ReplyDelete