'santai tapi sampai'

Orang cakap senyum mampu memberi bahagia kepada diri kita. Malah, ada orang menjadikan senyuman itu sebab 'senjata' mencairkan hati...

Banyaknya faedah senyum.

Orang cakap senyum mampu memberi bahagia kepada diri kita. Malah, ada orang menjadikan senyuman itu sebab 'senjata' mencairkan hati orang lain. Bak kata orang, sejuk je hati tengok kan. 

Lagipun, bagi cikla dengan senyuman dapat mengelakkan kita dicap sombong dan tak friendly lebih-lebih lagi kalau kita berada di tempat orang. 

Banyak faedah senyum ni sebenarnya kalau korang nak tau. Nak tau tak? Jom baca seterusnya.

Banyaknya faedah senyum.
Banyaknya faedah senyum.Sumber Google.

Senyum itu adalah pesona natural seseorang. Sebab apa? Sebab, kadang-kadang dengan hanya senyuman saja orang boleh jatuh hati. Hehe. Amboi, bahaya ni. Apa yang penting, senyumlah dengan ikhlas dan jangan fake tau. Sesetengah orang memang tak suka bersolek. Nah, senyum je.

Orang cakap, senyum merupakan solekan terbaik untuk seorang perempuan. Walaupun dia tak bersolek, tapi still nampak cantik dek kerana wajahnya sentiasa manis dengan senyuman. So sweet. Selain itu, senyumlah untuk awet muda. Wah, betul ke ni?

Ada yang mengatakan, selalu tersenyum akan menjadikan ketahanan diri lebih kuat kerana ia dipercayai dapat mencegah diri kita dari masalah stress, penyakit darah tinggi, serangan jantung dan masalah sistem penghadaman. Tak keterlaluan kalau cikla cakap senyum boleh menjadi natural medicine.

Di samping itu, dengan senyum jugak boleh menjadikan mood kita lebih baik dan rasa bahagia je sebab masa kita tersenyum otak akan membebaskan hormon endorphin dan serotonin yang dikatakan boleh menjadikan kita lebih bahagia.

Banyaknya faedah senyum.
Banyaknya faedah senyum. Sumber Google.

Dengan senyuman jugak, ia boleh memancarkan aura positif seterusnya akan menjadikan kita lebih yakin. Pendek kata, senyum mampu menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain. Jom senyum dan sebarkan bahagia.

Sumber Ruangan Info Sihat.

4 comments:

  1. Senyuman ini umpama terapi pada diri sendiri dan pada orang lain yang melihat juga..:)

    ReplyDelete
  2. Siqah taip komen sambil senyum. CikLa nampak tak? Hihi 😁 have a nice day cikla 😊

    ReplyDelete
  3. Senyum terapi kebahagiaan.jom senyum semua. 😀

    ReplyDelete
  4. Senyum dalam ajaran Islam bernilai ibadah. Seulas senyuman yang disunggingkan kepada seseorang setara dengan nilai bersedekah.

    Senyuman atau tersenyum adalah sebuah hal yang melukiskan perasaan pribadi seseorang. Senyuman itu timbul karena perasaan dalam diri berupa kesenangan dan kebahagian yang meliputi relung hati.

    Hatinya penuh dengan kebaikan, tidak ada rasa dengki kepada orang lain, dia tidak menginginkan dari orang lain kecuali kebaikan.

    ReplyDelete