8 March 2017

Tips pilih pakaian baby newborn.

Saat paling membahagiakan adalah dapat menimang cahaya mata yang selama ni ditunggu-tunggu. Untuk ibu yang pertama kali merasai pengalaman ni, mesti lebih lagi excited nya. Betul tak? Akan tetapi, tak dinafikan ada ibu yang tak tau nak pilih jenis dan material yang sesuai untuk sekecil mereka. Bukan apa, ada sesetengah baby newborn mempunyai kulit baby yang  sangat sensitif.

Sebenarnya jenama tak penting pun, tak kiralah jenama terkenal tau tau, kalau tak sesuai, tak sesuai jugak kan. Pendapat cikla, 'pakaian itu diperbuat daripada apa' itulah yang terpenting, sebab ia boleh mengelakkan keradangan dan ketakselesaan baby lebih-lebih kesan dari berpeluh.

Antara tips yang penting semasa memilih pakaian baby newborn adalah, sebaiknya pilih material kain 100% daripada kapas sebab ia lebih menyerap peluh, sejuk dan sesuatu untuk keadaan iklim di Malaysia ni. Selain itu, elak membeli baju yang ketat sebab ia boleh menyebabkan baby rasa tak selesa semasa bergerak dan mudah berpeluh. Faham-faham  sajalah kan, baby sekarang kan aktif. Mana tau duduk diam kan.

Elakkan jugak membeli pakaian yang diperbuat dari tekstur yang kasar sebab ia boleh melukakan kulit baby, di samping 'perincian' yang ada pada pakaian baby pun kena amik kisah jugak. Pastikan ia tak membahayakan baby.

Sebaiknya, jangan beli pakaian yang diperbuat daripada bahan seperti nilon, poliester, atau denim sebab ia boleh menyebabkan kulit baby cepat berpeluh dan gatal kalau dipakai terlalu lama. Apa yang penting, sentiasa  alert dengan keadaan kulit baby masa korang nak pakaikan baby baju. Pastikan takde kesan alergik dan kulit dalam keadaan sihat.

Tips pilih pakaian baby newborn.
Tips pilih pakaian baby newborn. Sumber Google.

So, cikla nak share jugak beberapa hal yang cikla rasa penting jugak supaya baby kita sentiasa dalam keadaan selesa. Antaranya adalah, belajar memakaikan baju baby dengan betul. Itu sebab amat penting kita memilih ukuran dan ketebalan pakaian yang sesuai dengan berat baby supaya masa nak pakai nanti lebih senang. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati tanpa membuat pergerakan secara tiba-tiba bagi mengelakkan baby terkejut dan menangis.

Keadaan cuaca jugak penting semasa nak memakaikan pakaian pada baby. Orang cakap pakai pakaian yang sesuai dengan cuaca. Selain itu, seeloknya jangan beli kasut baby awal sangat, anak tu belum pandai berjalan pun kan. Sebaiknya, beli sandal dulu. Akan tetapi, pemakaian stoking adalah terbaik sebelum baby belum pandai berjalan untuk mengelakkan rasa sejuk terutama jika keluar rumah. 

Dari segi mencuci pakaian baby pulak, jangan guna pencuci serbuk atau sotftener sebab biasanya kedua-dua bahan ni mempunyai kandungan chemical yang mungkin tak sesuai untuk kulit baby. Sebaiknya guna pencuci khas untuk mencuci pakaian baby sebab ia lebih lembut. Lagipun, bau peluh baby bukan macam bau peluh orang dewasa kan. Gelosok-gelosok pun dah ok dah.

Tahniah kepada ibu yang baru menimang cahaya mata!

4 comments:

  1. Thanks for sharing...
    La...ingatkan cik la pregnant tu kongsi entry ni..
    Hahaha, mrs pip ni mengidam nak baby girl..
    Bila lah boleh pass pregnancy urine test ni? Asyik2 fail ja.
    Cheers.

    ReplyDelete
  2. Suka baju baby! Semua cantik dan comel tambah lagi baju baby girl 😍

    ReplyDelete
  3. Jarang beli baju size NB sebagai hadiah sebab baby skrg cepat besar. Beli size 3-4 bulan terus. Hehw

    ReplyDelete