Perkongsian Jumaat : Jangan merasa diri kita baik, walaupun...

Jom baca sedikit perkongsian di bawah ni, semoga kita semua sentiasa istiqamah dan berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya. InshaaAllah.

JANGAN MERASA DIRI BAIK.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun hari hari kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain yang berbuat silap.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun kita memakai jubah, berserban, bertutup litup dengan sempurna.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun setiap malam kita berjaga untuk menunaikan solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah di laman sosial.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun setiap hari kita berkongsi tazkirah.
  • Jangan merasa diri kita "Baik", walaupun kita seorang GURU.

Pendek kata, JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN sebab kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah  saat HATI kita benar-benar IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT. Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Apa yang penting, selalulah meletakkan diri kita dalam keadaan di mana, "aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain" untuk menjadi lebih baik. InshaAllah.

Allah hanya menerima hati hambaNya yg IKHLAS. Kadang-kala kita tak sedar sama ada benar benar wujud keikhlasan ataupun sekadar penuh riak dan hasad.

Nauzubillah.

Jadi, laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah SWT, di samping kita memperbaiki diri sendiri dan jugak orang lain. Hanya Allah SWT  yang akan terus memberi kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

Sumber : WhatsApp group.

9 comments:

  1. Benar cikla.. Jangan pernah merasa diri kita baik.. Kita sentiasa ada kekurangan dan tidak pernah sempurna dalam segala hal.. Tq atas peringatan ๐Ÿ˜Š Salam Jumaat cikla..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ingatan =)

    ReplyDelete
  3. betul tu...terima kasih diatas perkongsian...

    ReplyDelete
  4. 'Jadi, laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah SWT, di samping kita memperbaiki diri sendiri dan jugak orang lain.'

    Setuju sangat! :)

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bagus... dapat bermuhasabah diri sikit malam ni...

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikla berkongsi.. amat bermanfaat untuk umie sendiri

    ReplyDelete
  7. Berasa diri baik itu pun sebenarnya dah tak berapa comel..

    ReplyDelete
  8. Terbaik CikLa ... Insyaallah ... Mari sama kita semua perbaiki diri ...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews