Rahsia orang yang GAGAL?

By Cikla Shahril - February 17, 2016

Aik, macam pelik je tajuk entry ni. Selalu kita dengar orang sibuk share rahsia orang yang berjaya. Tapi, cikla terbalik pulak, share rahsia orang gagal. Macam mana tu? Pelik tak, pelik tak. Dah dah, malas nak banyak-banyak cerita, jom kita tengok apakah dia rahsia orang yang gagal, iaitu; 

Suka dengar cakap orang dan hidup dari sudut pandangan orang lain.

Sebenarnya bagi cikla lah kan, kalau kita nak berjaya jangan terlalu sangat dengar cakap orang, sebab situasi ini akan buat kita jadi macam tak yakin pada diri. 

Bila kita nak buat sesuatu, lepas tu orang komen itu ini, terus jadi macam 'down' dan terus give up. Nak dengar boleh, tapi ambil yang positif. 

Jadikan cakap orang tu sebagai pemangkin untuk terus ke depan sampai apa yang kita nak berada dalam genggaman kita. Kadang-kadang orang memberikan pandangan itu ini, nak-nak pulak pandangan negatif tu sebenarnya mereka iri hati. Memang ada spesis orang macam ni. Spesis orang yang tak suka dengan apa yang kita capai dan tak suka tengok orang berjaya. 

So, terima pandangan orang dan lihat serta pertimbangkan pandangan tersebut dari sudut positif dan negatif. 

Cepat mengaku kalah dan tak percaya pada diri sendiri.

Haaa, ni pun sikap tak berapa nak elok tau. Kalau kita nak capai sesuatu, kita mesti usaha, usaha dan usaha sampai berjaya. Jangan mudah mengalah dan yang paling penting percaya pada diri yang kita boleh. Kita kena percaya dan yakin pada diri kita sendiri sebelum kita nak orang lain percaya pada diri kita.

Tak sanggup berkorban, takde komitmen dan takde pendirian.

Ada orang cakap, kadang-kadang untuk mencapai sesuatu kita perlu berkorban. Macam lirik lagu P.Ramlee. Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. 

Walaupun itu untuk orang bercinta yang sesuai kot, tapi point di sini tetap sama. Berkorban. Mana tau, pengorbanan yang kita lakukan akan dibalas dengan 'hasil' yang sangat manis. 

Selain tu, komitmen dan pendirian yang tetap jugak penting kalau nak berjaya. Apa yang kita target apa yang nak capai dan pendirian kita tetap dan teguh walau apa pun rintangan yang datang sampailah kita berjaya capai apa yang kita nak.

Rahsia orang yang GAGAL?
Rahsia orang yang GAGAL? Sumber Google.

Selalu cakap 'susahlah' dan kurang berusaha serta selalu bertangguh.

Orang yang suka bertangguh dan berlengah-lengah memang akan merugikan. Belum cuba lagi, dah cakap 'susahlah', 'macam tak yakin je', 'alah boleh ke'. Memang tak tercapailah apa yang kita nak. Buat dulu, baru tau boleh ke tidak. 

Lagi satu, jangan berlengah. Kalau ada peluang untuk kita mencapai apa yang kita nak, rebut peluang tu jangan tunggu-tunggu. Lambat-lambat kang, orang lain masuk 'line', kan dah melepas.

Sebab yang paling penting, iaitu jarang berdoa. Orang selalu cakap, USAHA TAWAKAL DOA. Kalau asyik berusaha je, tapi tak berdoa pun tak cukup jugak. 

Bak kata pepatah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.  Ya, memang betul sangat tu. Semua yang berlaku, adalah dengan izinNya jua.

Bagi cikla kalau kita nak capai sesuatu, kena yakin dan usaha nak mendapatkannya. Jangan hanya bercakap itu ni, macam tin kosong. Bising je lebih, tapi hasil takde. Jangan jadi macam mat jenin, hanya berangan-angan tanpa berusaha nak mendapatkan apa yang diangankan. 

Never give up and keep it up. Apa yang terpenting berdoalah supaya apa yang kita usahakan itu akan membuahkan hasil.

Sumber :  facebook.com

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. tajuk macam negatif tapi jika dibaca baru nampak positifnya, supaya kita tidak tergolong dari mereka yang gagal kan cik La :)

    ReplyDelete