Elok ke minum air TEH HIJAU?

By Cikla Shahril - February 25, 2016

Korang suka minum teh hijau tak? Sejujurnya, dulu memang cikla tak minum teh jenis ni. Tapi, sejak ia diperkenalkan oleh encik suamiku, macam dah 'tersuka tanpa sengaja' pulak dengan teh ni. Walaupun rasanya yang pahit pahit kelat (kalau ikut tekak cikla lah), tapi memang banyak khasiatnya cik teh ni rupanya. *ooooo baru tau. Hehe.

Teh hijau ni sebenarnya berasal dari negara China dan India. Dikatakan teh adalah minuman yang paling banyak diminum. That's why, ia terkenal di seantero dunia. Tapi, almost 78% teh yang diminum adalah teh hitam (yang biasa tu) dan hanya 20% aje teh hijau diminum orang di seluruh dunia.

Cikla sebenarnya bukannya nak share banyak-banyak pasal asal usul teh hijau ni, yang cikla nak kongsikan adalah kebaikan teh hijau ni kepada orang yang meminumnya. Apa dia ye kelebihan teh ni. Jom kita selongkar sama-sama. Jom jom.

Apa kebaikan kalau kita minum teh hijau ni? Orang cakap kalau kita minum teh hijau ni, kita akan berasa tenang. Ye ke? Sebab apa ek? Ini kerana dalam teh hijau ni ada catechin dan L-Theanine yang merangsang rasa tenang itu. Patutlah, setiap kali cikla minum teh hijau (biasanya yang sejuklah), rasa tenang je jiwa, sebab ni rupanya. *oooo, baru tau. 


Elok ke minum air TEH HIJAU?
Elok ke minum air TEH HIJAU? Gambar sumber Google.

"Catechin akan beri kesan pada sistem saraf utama dan benarkan tubuh kita bertenang, manakala L-Theanine pulak sejenis asid amino yang dikatakan mampu kurangkan stress."

Dalam teh, memang ada antioksidan yang mampu serap tisu pada mata dan hasilkan aktiviti antioksidan. Kalau dalam teh hijau, catechin merupakan antioksidan yang dikatakan mudah diserap ke dalam tisu mata. Kebaikan catechin ni lagi, ia boleh mengurangkan keradangan pada badan kita dan kebolehan 'dia' kawal bakteria serta rendahkan kadar asid air liur dan plak gigi. So, ia mampu mencegah kaviti dan menghindarkan diri kita dari kesihatan mulut yang buruk. Nak lagi kebaikan catechin ni? Ia juga dikatakan boleh menjadikan kulit lebih tahan dari sinaran UV dan menghindarkan kulit mengalami penuaan pramatang.

Apa lagi kelebihan teh hijau ye? Ada lagi, teh hijau dikatakan mampu beri kelegaan pada orang yang ada alahan sebab ia mengandungi EGCG (Epigallocatechin Gallate) yang bersifat antialergik. Selain itu, teh hijau ni boleh bantu untuk pastikan tahap kolesterol dalam badan berada dalam keadaan terkawal. Kalau teh biasa bagi kesan kuning pada gigi kalau selalu meminumnya, sebab ada asid tannin, tapi tak pada teh hijau, sebaliknya dengan meminum teh hijau akan beri kebaikan pada kesihatan gigi.

"Minum teh hijau boleh mengurangkan risiko strok, tapi gaya hidup sihat lebih digalakkan. Selain itu, dengan meminum teh hijau mampu meningkatkan fungsi kognitif otak kita (daya ingatan)."

Opsss, nanti ada pulak yang tanya boleh ke ibu hamil atau susukan anak minum teh hijau niTakpe takpe, cikla tolong jawab ye. 

Sebenarnya ibu hamil dan ibu menyusukan anak boleh minum teh hijau tapi tak lebih dari 1-2 cawan sehari, sebab catechin yang ada didalamnya boleh menyebabkan pengurangan ion besi diserap dari makanan yang diambil. 

Untuk mendapatkan khasiat teh hijau to the max, jangan tambah apa apa didalamnya seperti gula dan perasa lain. Lagi elok, minum teh hijau yang direndam sendiri, sebab teh hijau yang ditambah gula atau perasa, kandungan antioksidannya dah berkurang atau hilang terus. So, tak dapatlah kita nak menikmati kenaikan teh ni kan, betul tak? 

Nak rendam teh hijau pun ada caranya, iaitu rendam teh hijau dalam air bersuhu 80-90 °C dan proses rendaman pun tak boleh lama, lebih kurang 3 minit je. Sebabnya? Korang survey sendiri ye, hehe. 

Wah wah, banyak jugak kelebihan teh hijau ni ye. So, lepas ni apa kata kita minum teh hijau pulak  demi mendapatkan kesihatan yang baik. Jom kita. Semoga info dan tips ni akan beri kita manfaat ye.

Sumber : Ruangan Khasiat Alami (Majalah Wanita).

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Bagus juga teh hijau ni. Selalu saya minum untuk kurangkan ketagihan kafein saya. Cuma rasa pelik sikit tapi mungkin tengok jenama teh juga.

    Banyak juga kelebihan teh hijau ni kan. Patut bila minum rasa lega semacam :)

    ReplyDelete