12 August 2017

# cinta dan rumahtangga

Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu?

Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu? | Assalamualaikum wbt. Dalam rumahtangga, suami dan isteri seharusnya kena saling memahami untuk menjaga keharmonian dan kebahagiaan. Sampai ke Jannah bak kata orang sekarang. Persoalannya sekarang, adalah suami itu benar-benar memahami isterinya? Macam mana pulak dengan begitu si isteri? Orang cakap, masa bercinta semuanya indah belaka, tapi bila dah kawin masing-masing barulah nampak 'belang' sebenar. Nanti mulalah cakap tak serasilah, tak sepadanlah, tak secocoklah... Macam-macam...

Dr. Taufiq Razif melalui laman facebooknya telah berkongsi lima ciri mengenai perempuan iaitu isteri yang sepatutnya seorang lelaki atau suami kena tau. Lelaki-lelaki semua nak tau tak? Jom baca...

Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu?

Wahai suami, sejauh mana anda memahami isterimu? Lima ciri mengenai perempuan yang lelaki kena tau.


Perempuan ni sebenarnya 'seketul' makhluk yang 'misteri'. Kalau korang nak tau, otak perempuan ni  sememangnya terbukti lebih kompleks berbanding dengan lelaki. Sebab itulah  mereka lebih multitasking dan memerlukan tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki.

Jangan ingat bila kita dah kahwin dengan pasangan kita tandanya kita dah memahami dia sepenuhnya. Tak tau. Kalau korang nak tau, proses berkenalan tu kadang-kala memerlukan masa sepanjang hidup kita. Iyelah, masa mula-mula kahwin perangainya lain. Tapi, bila dah masuk tahun pertama nanti, mulalah timbul perangai yang bukan-bukan yang kita tak pernah tahu pun sebelum ni. Nanti bila isteri dah mengandung, lagilah lain perangainya siap package dengan ribut hormon yang swing sepanjang masa. So, lelaki jangan kaget. Kaum lelaki ni diciptakan dengan perangai yang cepat bosan pada benda yang sama. Sebab tu Allah menjadikan perempuan ni sukar untuk  difahami. Setiap hari kita akan temukan perkara yang baru pada si dia. Best bukan?

Kaum perempuan sememangnya dicipta untuk taat pada suaminya yang mana sistem ni memang takde siapa yang boleh bantah tapi para suami pun disuruh untuk bermuamalah dan bergaul dengan cara yang paling lemah lembut dan sopan dengan isteri. Jangan tuntut isteri  untuk membahagiakan suami, tapi sebaliknya si suamilah  dulu yang harus bahagiakan isteri. Barulah nanti si isteri  akan sukarela membahagiakan suaminya.

Perempuan ni jugak makhluk emosi. So, jangan sekali-kali menggunakan logik untuk tenangkan si isteri. Apa yang terbaik, korang gunakanlah emosi juga kalau nak tenangkan si isteri. Kalau si isteri dah mula bebel tu adalah tu lubang emosi dia yang terganggu. 

Kaum perempuan ni adalah makhuk auditorik sebab pancaindera telinga mereka lebih sensitif dan peka dibandingkan pancaindera yang lain. Kalau nak bahagia kan isteri, bahagiakan dulu telinganya. Pujilah isteri dengan pujian yang baik-baik. Kalau masak lebih-lebih kurang pun apa salahnya puji usaha si dia. Kalau dia (isteri) beli baju baru, apa salahnya puji penampilan dia. Suami kena kreatif...


Semoga bermanfaat...

8 comments:

  1. perempuan memang sentiasa diselubungi misteri =P

    ReplyDelete
  2. Bab auditorik tu, memang setujulah sangat...
    Tak perlu puji melambung lambung kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Puji sikit pun hati dah berbunga-bunga dah... 😊😊

      Delete
  3. tang emosi tu mana-mana perempuan memang tak boleh elak sebab kita diciptakan EQ lagi tinggi dari IQ berbeza dengan lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Perempuan dan emosi mmg tak boleh dipisahkan...

      Delete
  4. Kahwin dah bertahun pun suami mesti akan rasa tak kenal isteri sebab isteri tuh misterinya susah nak rungkai

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.