06 August 2017

# tips untuk si manja

Tips menyimpan makanan bayi.

Tips menyimpan makanan bayi. | Assalamualaikum wbt. Bila anak kita dah mencecah umur 6 bulan, ibu mesti excited nak bagi anaknya makanan pertama kan. Lebih-lebih lagi kalau yang pertama kali mempunyai anak. Kalau ibu seorang suri rumah tangga sepenuh masa tu boleh masakan anak hari-hari kan. Tapi, macam mane pulak dengan ibu yang berkerja. Sudah tentu mereka takde masa nak menyediakan makanan untuk anaknya setiap hari.

So, sebagai jalan penyelesaiannya si ibu yang bekerja akan memasak bubur contohnya untuk anak mereka dalam kuantiti yang banyak. Kemudian, lebihan makan itu akan disimpan dalam peti sejuk dan boleh dimakan pada keesokan harinya. Sebenarnya, ada beberapa tips yang ibu-ibu kena ambil tahu semasa nak menyimpan makanan anak ni. Antara tips itu adalah seperti berikut.

Tips menyimpan makanan bayi.

Tips menyimpan makanan bayi.


  1. Simpan makanan di dalam bahagian sejuk beku. 
  2. Sebelum disimpan, masukkan makanan dalam bekas kecik yang bertutup atau bekas plastik untuk menyimpan makanan. 
  3. Letakkan label tarikh dan masa untuk setiap makanan yang dibekukan. Untuk pengetahuan korang, pembekuan makanan tak akan mengubah, mengurangkan dan menghilangkan zat serta nutrisi makanan itu sendiri malah ia terselamat dari pencemaran yang boleh kerosakan makanan.

Kalau korang nak tau, puri buah dan bubur sayuran yang disimpan dalam bahagian sejuk beku boleh bertahan selama 6 -  8 bulan. Manakala, makanan berprotein seperti ayam, ikan dan daging boleh bertahan selama 2 bulan je.

Kalau korang nak menghidangkan makanan tersebut, tak payah nak panaskan lagi.  Korang just pindahkan je ke bahagian bawah peti sejuk selama sehari sebelum dimakan atau paling senang korang just rendamkannya je dalam air suam untuk mencairkan makanan tu semula sebelum dimakan.

Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

3 comments:

  1. Wah lamanya . Boleh tahan 6-8 bulan . Thanks for sharing .CCL boleh bagitahu kakak ccl tips berguna ni

    ReplyDelete
  2. kalau puree kan simpan kt chiller saja 3hari bole x? sbb jenis buat terus bg mkn..xde lak nk simpan kt frozen

    ReplyDelete
  3. Sharing yang menarik nie, nanti boleh inform kat adik perempuan saya.. Thanks CikLa..

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.