08 August 2017

# tips untuk si manja

Tips memberi makanan pertama pada bayi.

Tips memberi makanan pertama pada bayi. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya, ibu yang pertama kali mempunyai anak mesti takde pengalaman dan ilmu untuk menyediakan makanan untuk bayinya. Walaupun perkara itu nampak ringan dan simple, tapi ada beberapa hal yang perlu diberi perhatian supaya makanan yang akan diberi pada bayi nanti sihat dan pastinya berkhasiat.

Tips memberi makanan pertama pada bayi.

Berikut merupakan beberapa tips memberi makanan pertama pada bayi. Jom kita semak...

Tips memberi makanan pertama pada bayi.


  1. Sebaiknya makanan pertama bayi dimasak sendiri dengan menggunakan bahan yang fresh kerana kita boleh menjamin akan kebersihan nya. Gunakan sayur-sayuran dan buah-buahan organik (walaupun mahal sedikit) sebab ia lebih baik dan dapat elakkan dari pencemaran. 
  2. Kupas kulit buah-buahan terlebih dahulu sebab kulit buah-buahan itu ditakuti akan mengganggu pencernaan bayi. Lagipun, sistem pencernaan mereka masih belum mencerna dengan baik. 
  3. Sebelum mengupas dan memotong buah, cuci dahulu. Contoh buah yang sesuai adalah pisang, betik, epal dan avocado. 
  4. Untuk pengetahuan korang, bayi yang berusia 6 bulan hanya sesuai mengambil puri atau bubur sahaja. Untuk membuat puri, kukus atau rebus dulu buah-buahan tersebut. Tapi, jangan rebus lama sangat sebab nutrisi buah-buahan itu akan hilang. Kalau korang merebus sayur-sayuran (seperti kentang dan lobak) pulak, paling bagus korang guna balik air rebusannya untuk mengisar makanan sebab di dalamnya kaya dengan nutrisi. 
  5. Bila makanan telah dikisar, pastikan makanan tersebut tak terlalu pekat. Paling bagus buat cair sikit sebab nak bagi bayi kita terbiasa pada permulaannya. Lagipun, sebelum ni kan diaorang just minum susu ibu je kan. Lepas tu, bolehlah buat pekat sikit secara berperingkat... 
  6. Kalau nak jadikan makanan tu lagi sedap, masukkan bawang besar atau bawang putih dan sebagai tapi secara berperingkat. Selain tu, boleh jugak letak minyak zaitun tapi kuantiti sedikit.



Biasanya, normal je kalau anak kita menolak makanan masa pertama kali diberi kepadanya. Si ibu jangan putus asa sebab itu ada yang menyarankan supaya kita memberi mereka sesuatu makanan itu sampai 10 kali, lepas tu baru kita anggap memang makanan itu tak sesuai dengan mereka sebab tu they refuse to eat...

Bijik pilih makanan menjamin kesihatan anak yang baik. Insha Allah...


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

No comments:

Post a Comment


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.