Tips macam mana nak atasi rasa marah.

By Cikla Shahril - August 18, 2017

Bagi cikla, perasaan marah adalah sifat normal yang mesti ada pasang setiap manusia. Siapa aje yang tak pernah marah kan. Even, baby yang kecik tu pun marah kalau ada apa yang tak kena kan. Betul tak? 

Sebenarnya, walaupun ia merupakan sifat yang biasa tapi, sikap marah boleh menjelaskan hubungan tak kiralah hubungan kekeluargaan ataupun rumahtangga.  

Lagipun, rasa marah akan memberi impak negatif pada diri kita sendiri. Apa yang paling menakutkan, sikap pemarah ini ada hubung kaitnya dengan masalah kesihatan seperti hypertension, migraine, masalah kulit dan masalah penghadaman. 

Selain itu, rasa amarah yang tak terkawal jugak boleh mencetuskan masalah jenayah, penderaan dan emosi.

Adalah sangat penting kita belajar untuk mengawal rasa marah kita supaya ia tak akan menjejaskan hubungan kita dengan orang sekeliling. 

Berikut merupakan beberapa tips macam mana nak atasi rasa marah. Jom baca seterusnya.

Tips macam mana nak atasi rasa marah.

  • Beristightar dan berzikirlah. Sebaiknya, setiap kali korang rasa nak marah tu, cepat-cepat ambil wuduk dan solatlah solat sunat dua rakaat. Mohonlah kepada Allah supaya Allah membantu kita memperbaiki akhlak kita dan semoga DIA memberi kita jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi. 
  • Bila korang rasa nak marah, cuba tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, ubah posisi korang. Kalau korang tengah berdiri, duduklah. Kalau korang tengah duduk, korang baringlah. Kalau masalah tak berkurangan jugak, bangun dan berwuduklah kerana boleh meredakan kemarahan. Rasa marah itu sebenarnya godaan dari syaitan. 
  • Ajar diri korang untuk menjadi pendengar yang baik. Sebenarnya, ada sebabnya mengapa Allah memberikan kita dua telinga untuk mendengar tapi hanya satu mulut. Ni kerana kita lebih digalakkan untuk lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Kalau korang nak tau, mendengar itu boleh memperbaiki  kemahiran berkomunikasi korang dan seterusnya mendapat kepercayaan dari orang sekeliling. 
  • Sentiasa mengucapkan kata-kata yang positif pada diri sendiri dan elak dari memikirkan perkara yang boleh mengundang rasa marah korang. Katakan rileks pada diri sendiri sampaikan diri korang rasa tenang. 
  • Zahirkanlah rasa amarah korang tu dengan cara yang betul. Walaupun orang cakap rasa marah ni elok diluahkan, tapi luahan rasa marah yang kerap boleh menjadikan korang bersikap panas baran dan tak sedar telah menyinggung perasaan orang lain. 
  • Cuba letakkan diri korang tu pada tempat orang yang akan merasai kesan dari amarah korang tu. Dapatkan perspektif lain dan positif. 
  • Dapatkan bantuan dan sokongan orang yang dekat dengan korang dan cuba luahkan perasaan sekaligus belajar mengenai sifat pemarah ni. 
  • Kalau tak boleh nak atasi rasa marah tu jugak, dapatkanlah bantuan pakar supaya dapat membantu korang cara berfikir dan memperbaiki tingkah laku korang.

Kepada yang mempunyai sifat pemarah dan panas baran tu cubalah ubah sifat tu menjadi lebih cool dan bertenang. 

Jangan jadikan sifat negatif ini sebagai punca kita akan terasing dengan orang lain dek kerana sikap buruk kira yang sentiasa 'berangin' tu. Siapa yang tahan kan.

Semoga bermanfaat.

Sumber Harian Metro Ogos  2017.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Betul2..
    Haritu rasa marah pada anak..sebab dia dah pandai menjawab..
    Tapi kebetulan masa tu nak solat, pikir takpe,
    solat la dulu..Lepas solat ni siapla aku kerjakan..

    Tapi berkat solat tu, tiba2 tak jadi marah. Rileks je..Tegas tapi tak marah..Dan ajaibnya..anak terus dtg peluk dan minta maaf..Allahu..rasa bersyukur sangat..

    Byk2 la bergantung pada Allah..pasti temamg je hidup 😊

    PS : Vitamin B complex pun boleh tlg lancarkan peredaran darah tau. Bila darah lancar, kurang nak kena darah tinggi apabila marah..hihi..itu kaitan sains nya lah..

    ReplyDelete
  2. Good info kak. Kadang2x kita mudah cepat marah dan terlupa akan kesan dan akibatnya nanti. Sentiasa istigfar dan berzikir boleh mengekang dan mengawal sifat marah. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  3. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi link kami
    di https://goo.gl/1kb9V2

    ReplyDelete