16 August 2017

# parenting tips

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. | Assalamualaikum wbt. Mempunyai anak-anak yang aktif dan lasak merupakan cabaran yang hebat untuk ibu dan ayah. Kalau seorang dua anak, ok lagi kot. Tapi kalau lebih? Mak aii, pening jugak kepala kan. Dah tentu macam-macam kerenah anak-anak ni. Macam cikla, cikla mengaku yang anak-anak cikla empat-empat semuanya 'aktif,' lebih-lebih lagi abang Ammar. Memang dua kali ganda aktif dari adik beradiknya. Siapa yang ada anak-anak yang aktif taulah macam mana kan... Yang si kenit Zara pun dah pandai nak menakal dah. Dah pandai nak panjat sana, panjat sini... Huhu.

Disebabkan kelasakan mereka ni, kadang-kadang memang tak dapat nak elak jugak  'kemalangan' kecil dari berlaku. Baru-baru  ni, kakak Damia luka kepalanya sebab terhantuk pada bucu dinding kat dalam bilik. Cikla pun tak pasti macam mana dia boleh jatuh. Main-main dengan adiknya kat dalam bilik. Tau-tau dah menjerit dah. Kalau bawak pergi klinik, agak cikla memang mendapatlah jugak sejarum dua jahit kat kepalanya tu. Tapi cikla letak minyak gamat je. Alhamdullillah, sekarang ni luka dah baik pun. Parut  pun dah takde. Dua hari lepas, si abang Ammar pulak, main lari-lari. Lepas tu, dia pergi langgar tiang pintu bilik. Lekuk jugaklah dahi. Cepat-cepat tuam, mujurlah tak benjol besar... Huhu.

Memanglah orang cakap 'malang tak berbau'. Tapi, sebagai ibu ayah yang prihatin ada langkah-langkah keselamatan yang boleh kita amik untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku. Tak kisahlah kalau kita perlu 'melabur' sikit demi keselamatan anak-anak kita kan. Nanti jangan esok-esok kita menyesal pulak kalau apa-apa yang buruk berlaku. Orang cakap, 'menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna wehhhh...'

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.

Tips keselamatan untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah.


So, ada beberapa langkah keselamatan yang kita boleh ambil untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah, iaitu:

  • Pasang jeriji besi atau penghadang tingkap untuk semua tingkap yang boleh dibuka di rumah. 
  • Pasang pagar keselamatan pada tangga rumah kalau ada. 
  • Pastikan takde barang atau mainan yang ada di tangga untuk mengelakkan anak terpijak dan seterusnya terjatuh. 
  • Pastikan anak tak bermain di atas tangga atau melompat di antara perabot. 
  • Elakkan dari membiarkan baby atau anak kita yang masih kecil berada di tempat yang tinggi seperti dekat atas katil atau sofa. 
  • Pastikan palang katil sentiasa diangkat bila anak berada di dalamnya. 
  • Membalut bucu perabot atau meja yang tajam untuk mengelakkan kecederaan berlaku jika anak terhantuk padanya. 
  • Sebaiknya elakkan dari membentang karpet atau permaidani yang kecil dan ringan di atas lantai. Bukan apa, permaidani sebegini akan mudah beralih kalau anak berlari di atasnya. Nanti tak pasal-pasal jatuh pulak kang. 
  • Sebaiknya, tak kiralah anak berbasikal atau bermain kasut roda galakkan anak memakai topi keledar untuk mengelakkan kecederaan di kepala kalau mereka terjatuh.


Ada banyak lagi langkah keselamatan yang boleh kita ambil untuk mengelakkan kemalangan berlaku di rumah. Apa yang penting, kita sebagai ibu dan ayah sepatutnya prihatin dan peka dengan keselamatan anak kita terutama kalau anak kita seorang yang aktif dan lincah. Kena double perhatiannya. Hehe...

Semoga bermanfaat...


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

3 comments:

  1. Nice tips CikLa... bahaya zaman sekarang ni.... rumah pun belum tentu selamat kan..

    ReplyDelete
  2. itu ler mek kalau ank bangun je kita pun automatik akan jadi rilex sbb nk pantau pergerakan diaorang. bile diaorang tidur baru boleh nak kemas or buat kerja kita. bukan ape, takot benda nk jadi nk kejap je cik la. mnyesal tak sudah oii

    ReplyDelete
  3. Tq for tips. Mmg Kita kena ambil tau semua ni

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.