28 August 2017

# my story

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. | Assalamualaikum wbt. Semalam, lepas balik dari kenduri bertunang anak saudara di Semenyih, cikla sekeluarga singgah di EcoForest yang terletak di Broga Hills Semenyih. Memang sebelum ni ada jugak dengar pasal beruang ni. Tapi, belum berkesempatan nak pergi sana tengok. So, kebetulan kiraorang dah memang berada di kawasan tu, rezeki kami sekeluargalah nak tengok beruang comel. Hehe.

Mungkin ada di antara korang yang dah pergi kan, terutamanya yang tinggal di kawasan Broga, Semenyih, Kajang dan sewaktu dengannya. Pendapat cikla, kawasan Kajang, Bangi, Semenyih dah semakin membangun. Dulu, masa cikla belajar di UKM, tak banyak lagi bangunan tinggi-tinggi ni. Sekarang dah bersepah. Merata-rata ada... 

Oklah, jom kita tengok 'kecomelan' beruang yang ada di EcoForest ni.. Jom kita... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Sumber SINI 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. 

Sebenarnya, beruang comel yang banyak ni ada di 1001 Expo We Bare Bears. Ekspo ni bermula dari 12/8 hingga 3/9 ni, tapi Hanya dibuka kepada pengunjung setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Sebelum masuk, kena beratur untuk dapatkan gelang. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Geleng masuk ke kawasan ekspo. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Pintu masuk. Pintu masuk pun dah comel kan. Ehh... 

Nak masuk dalam ni bukan main masuk je. Korang kena dapatkan gelang macam kat dalam gambar tu. Tak payah bayar pun. Totally free of charge. Korang just beratur je kat kaunter yang disediakan. Kalau korang datang satu family, sorang je yang queue untuk dapatkan gelang untuk semua. Tak payah 'satu kampung' nak beratur. Dah dapat gelang, pakailah apa lagi. Hehe... Lepas tu, masuk dalam ikut pintu yang disediakan. Tengok gambar tu... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Selfie dengan giant duck yang comel. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Abang Ammar dah penat tunggu. Kesian budak demam pun nak jalan jugak. 

Sambil-sambil tunggu cik abang beratur untuk dapatkan gelang tu, cikla selfie sat dengan giant duck. Comel kan giant duck tu. Memang sangat besar. Tu anak bujang cikla. Kesian, abang ammar tak berapa sihat sebenarnya. Dia demam. Masa kat sini pun dia macam penat dan letih je. Kalau tak, memang excited tengok bintang yang ada di sini. 

Biarlah gambar yang berbicara...

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Selfie dengan Chirpy Tree. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Join selfie dengan geng beruang yang comel. Panda is the cute one... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.  Adik Zara still payah nak bergambar. Huhu. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Tenang yang sangat menarik dengan air pancut di tengah tasik. *time ni adik Zara tido. Hihi. 

Meriahnyalah kan. Kalau korang nak tau, kebanyakan beruang disini adalah daripada belon. Ya.. Belon. Korang tak percaya? Datang sini tengok dan rasainya sendiri. 

Sebenarnya, kawasan ni agak luas jugaklah. Tapi, kami just jalan separuh je sebab abang Ammar dah penat. Bagi cikla, tempat ni sesuai jugak kalau dijadikan tempat untuk berjogging sebab memang ada track untuk orang nak berjogging. Di tengahnya pulak ada tasik dengan pancuran air pancuran yang sangat cantik. Memang tenang dan mendamaikan tempat ni. Itu pun kalau tak crowded dengan oranglah. 

Masa ni kakak Batriysia dengan kakak Damia tak ikut, sebab diaorang tinggal di kampung. Cuti sekolah kan. Ni kalau diaorang tengok, merajuklah tu tak bawa diaorang sama. Hehe... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. ECOWORLD GALLERY.

Kak sini jugak ada ECOWORLD GALLERY. Cikla tak pasti apa yang ada di dalamnya sebab cikla tak masuk dalam pun. Just snap dari luar je. Kalau korang nak tau apa yang ada di dalamnya, korang kenalah pergi tau. Minggu ni dah last dah. Sabtu dan Ahad. Bawak anak-anak dan keluarga. Sure, diaorang seronok kat sini. Semalam cikla pergi pun, memang sangat ramai. Parking memang full. Tapi, kalau korang parking kat bawah, nanti ada kenderaan disediakan untuk naik ke atas. So, korang tak payah nak berjalan. Mengah ooo, sebab naik bukit. 

Apa lagi, luangkanlah masa bersama yang tersayang di sini. Apa yang penting, it's FREE

Have fun ya! 

12 comments:

  1. Wah,,, Best nya...

    https://nadiabohari07.blogspot.my/2017/08/quote-1.html

    ReplyDelete
  2. Nanti boleh bawak anak anak dtg sini..Mesti diorang seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu ni last tau... Bdk2 confirm seronok kt sini...

      Delete
  3. banyak nyaaa..! hehehehehe.. :)
    ingatkan beruang2 tu batu ke.. rupanya belon ye.. huhuhuuu.. nice to know..

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpk mcm batu, bila pegang belon rupanya..

      Delete
  4. Replies
    1. Mmg comel. Jom pergi. Nnti boleh selfie.. Hihi

      Delete
  5. Budak-budak mesti tak nak balik tu....

    ReplyDelete
  6. alahai comel2 semuanya.. kaki katek2 plak tu hehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.