Sesekali berbanggalah dengan diri sendiri – Hargai perjalanan hidup kita.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar kehidupan sampai lupa nak hargai diri sendiri. Kita sibuk bandingkan diri dengan orang lain, tengok kejayaan mereka, tengok pencapaian mereka, sampai kita rasa diri kita kecil dan tak berharga. Padahal, tanpa kita sedar, banyak benda besar yang sebenarnya kita dah lalui dalam hidup ni.
Sesekali, berhentilah sekejap dan pandang ke belakang. Tengok balik apa yang pernah kita tempuh. Ada yang pernah jatuh berkali-kali, tapi masih kuat bangun dan teruskan hidup. Ada yang pernah diuji dengan masalah keluarga, kewangan, kesihatan, malah ada yang kehilangan orang tersayang, tapi tetap bertahan. Itu sendiri dah cukup membuktikan kita bukan orang biasa-biasa. Kita ada kekuatan yang mungkin orang lain pun tak sangka.
Bukan semua orang mampu melalui jalan yang kita lalui. Bukan semua orang mampu tahan sakit, kecewa dan cabaran yang pernah kita rasa. Jadi, apa salahnya kalau kita sesekali rasa bangga dengan diri sendiri? Itu bukan bermakna kita riak atau meninggi diri, tapi tanda kita sedar nilai diri kita.
Hidup ni bukannya tentang siapa paling cepat berjaya, siapa paling kaya, atau siapa paling hebat. Hidup ni tentang siapa yang mampu bertahan, siapa yang sanggup melawan rasa putus asa, dan siapa yang tetap kuat walaupun hidup cuba tumbangkan berkali-kali. Kalau kita ada dalam golongan itu, percayalah, kita patut rasa bangga dengan diri kita.
Kadang kita terlalu keras pada diri sendiri, rasa belum cukup bagus, belum cukup berjaya, belum cukup apa-apa. Tapi cuba fikir balik, kita masih berdiri hari ini, masih mampu tersenyum walau hati pernah remuk, masih mampu jalani hidup walaupun kadang-kadang susah. Itu sendiri dah bukti yang kita seorang pejuang.
Jadi, jangan tunggu orang lain datang puji baru kita rasa bernilai. Sesekali, pandang cermin, senyum dan bisik pada diri: “Aku bangga dengan diri aku. Aku dah buat yang terbaik setakat ni.” Sebab hakikatnya, perjalanan kita bukan semua orang mampu lalui. Dan itu adalah sesuatu yang patut kita syukuri dan hargai.
Bngitulah.
0 comments