Fahami masalah tiroid: Nampak sihat, tapi dalam diam mereka tengah fight!

Pernah tak jumpa seseorang yang nampak sihat je dari luar, tapi rupanya dia ada masalah kesihatan yang kita tak perasan? Salah satu penyakit yang macam tu ialah masalah tiroid. Ramai orang dengan tiroid nampak biasa, boleh senyum, boleh kerja macam orang lain, tapi hakikatnya dalam diri mereka ada “perang” yang kita tak nampak.

Masalah tiroid ni datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang hormon terlebih aktif (hipertiroid), ada yang hormon kurang (hipotiroid). Kesan dia pada badan pun berbeza-beza. Ada yang cepat penat, berat badan naik atau turun mendadak, mood tak stabil, susah tidur, berdebar, kulit kering, rambut gugur. Pendek kata memang mengganggu kehidupan harian.

Yang paling mencabar, orang lain susah nak nampak kesakitan tu. Dari luar mereka nampak macam sihat je. Pergi kerja macam biasa, boleh ketawa, boleh jalan-jalan. Tapi dalam badan, mereka sebenarnya tengah bertarung dengan rasa penat melampau, lesu, tak ada tenaga nak buat apa-apa. Bayangkan bangun pagi pun rasa macam baru lepas lari marathon. Huhu.

Fahami masalah tiroid: Nampak sihat, tapi dalam diam mereka tengah fight!

Sebab tu penting untuk kita semua lebih faham dan prihatin. Kalau ada kawan, ahli keluarga atau pasangan yang ada masalah tiroid, cuba jangan cepat salah faham. Kadang-kadang mereka nampak macam malas atau tak bermaya, padahal itu simptom penyakit. Kadang-kadang mood mereka cepat berubah, bukan sebab nak marah tak tentu hala, tapi sebab hormon dalam badan mereka memang tengah kacau.

Benda paling bernilai yang kita boleh bagi pada mereka adalah sokongan dan kesabaran. Tanya khabar, cuba faham keadaan mereka, jangan paksa mereka buat lebih dari kemampuan. Perkara kecil macam ni boleh buat mereka rasa dihargai dan tidak berjuang seorang diri.

Kesimpulannya, tiroid mungkin penyakit yang senyap, tapi kesannya sangat besar pada hidup seseorang. Jadi, kalau kita kenal sesiapa dengan masalah ni, cuba pandang mereka dengan lebih empati. Nampak sihat di luar tak semestinya mereka tak sedang berjuang di dalam. 

2 comments:

  1. Ya Allah, tak bisa bayangkan jika menyimpan gejala seperti itu dalam tubuh. Pasti menyiksa juga ๐Ÿ˜”. Terimakasih sharingnya kak. Saya jadi tahu lebih banyak ttg penyakit tiroid ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga bermanfaat ya dan memberi sedikit ilmu mengenai tiroid

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews