It’s Ok: Belajar redha dan tenang dengan kehidupan.
Dalam hidup ini, kadang-kadang kita terlalu sibuk kejar kesempurnaan sampai lupa yang tak semua benda perlu jadi sempurna. Kita lupa bahawa hidup ini bukan tentang siapa paling hebat, siapa paling kaya atau siapa paling berjaya.
Hidup ini lebih kepada macam mana kita belajar terima diri sendiri, orang lain dan keadaan yang adakalanya tak berpihak pada kita. Dan di situlah hadir satu ayat yang ringkas tapi penuh makna, iaitu “it’s ok”.
Ayat ini mungkin nampak cam biasa je, tapi sebenarnya ia boleh jadi ubat untuk hati yang galau. Bayangkan bila kita buat silap atau gagal capai sesuatu yang kita nak, kita akan mula salahkan diri sendiri. Hati jadi kacau, fikiran jadi serabut.
Padahal kadang-kadang apa yang kita perlukan hanyalah berbisik pada diri sendiri, “tak apa… it’s ok.” Itu tanda kita sedang belajar melepaskan beban dan menerima hakikat bahawa kita manusia biasa yang tak akan lari daripada salah dan silap.
It’s ok juga mengajar kita tentang sabar. Bila ada orang sakiti hati kita, bila rezeki tak seperti yang kita harapkan, bila usaha kita tak nampak hasilnya, kita mungkin rasa kecewa.
Tapi dengan mengatakan “it’s ok”, kita sebenarnya sedang yakinkan hati bahawa sesuatu yang lebih baik akan datang. Kita sedang melatih diri untuk percaya bahawa semua perkara ada hikmah yang tersimpan.
Dalam hubungan sesama manusia pun sama. Kita tak boleh kawal cara orang lain berfikir atau bertindak. Ada orang mungkin tak suka kita, ada orang mungkin salah faham. Kalau kita terus fikir apa yang orang lain rasa, kita akan letih.
Di sinilah pentingnya untuk kita kata pada diri, “it’s ok, aku tak perlu puaskan hati semua orang.” Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan dengan rasa bersalah atau terlalu cuba jadi sempurna depan orang lain.
Yang lebih penting, it’s ok juga boleh jadi tanda kasih pada diri sendiri. Ia mengingatkan kita bahawa kita berhak untuk rehat, berhak untuk menangis, berhak untuk buat silap dan berhak untuk cuba lagi.
Bukan setiap hari kita kena jadi kuat. Kadang-kadang kita hanya perlu berhenti sekejap, tarik nafas panjangbdan cakap pada hati sendiri, “aku dah cuba yang terbaik, it’s ok.”
Jadi, kalau hari ini korang rasa kecewa, rasa gagal, atau rasa tak mampu, ingatlah satu perkara, hidup ini bukan tentang selalu menang, tapi tentang bagaimana kita bangkit setiap kali jatuh.
Jangan paksa diri jadi sempurna, sebab jadi manusia pun dah cukup istimewa. Senyum sikit, tarik nafas dan katakan perlahan-lahan, “it’s ok.”
0 comments