Betul ke kat bawah sungai Amazon ada sungai lagi?

Cikla ada terbaca satu posting di Facebook yang mana dia kata kat bawah Amazon ada sungai lagi? Korang dah tau ke pasal ni? Ke baru tau macam cikla?

Rasanya semua orang tahu kot yang kat Amazon tu ada sungai utama yang paling panjang, yang paling deras, katanya siap boleh muat kapal besar lagi. Tapi yang ramai tak tahu, yang mana kat bawah hutan Amazon tu sebenarnya ada satu lagi sungai rahsia. Jeng jeng jeng, haha.

Nama sungai tu adalah Sungai Hamza, ia diberi sempena nama saintis Brazil, Dr. Valiya Hamza yang jumpa sungai ni pada tahun 2011. Mcam tak percaya je, kan?

Namun, yang peliknya sungai ni tak macam sungai biasa tau. Sungai ni duduk sedalam 4 kilometer ke bawah tanah, pastu bergerak slow sangat dan panjang dia hampir 6,000 km, sama panjang dengan Sungai Amazon kat atas permukaan!

Betul ke kat bawah sungai Amazon ada sungai lagi?
Credit photo to TribunTravel.com

Korang jangan pulak nak minum air sungai Hamza ni sebab air sungai ni panas, penuh dengan mineral dan dah tentu tak boleh diminum ye. Tapi penemuan ni buat saintis terkejut sebab tsk pernah sangka ada dua sungai gergasi mengalir serentak satu atas, satu bawah bumi! Subhanallah. 

Katanya lagi, kalau nak fikir logik kan Amazon ni ibarat bumi simpan “backup system”. Atas ada sungai untuk kehidupan, bawah ada sungai tersembunyi yang maintain ekosistem bumi. Hurmm, kita rasa kita dah explore habis dah dunia ni, tapi hakikatnya bumi ni masih penuh rahsia yang belum terbongkar. 

Kredit : Muhd Aliff (fb Astronomi & Sains).

2 comments:

  1. lama tak singgah sini, follow back untuk new link saya yea https://penulisanyus.blogspot.com/ terima kasih

    ReplyDelete
  2. Aiiish, kuasa Allah ya kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Tak bisa saya bayangkan sebenarnya. Dan pasti merinding lah masuk ke bawah tanah itu, dan melihat ada sungai yg sama besar dan panjang. Apalagi airnya panas ๐Ÿ˜ฑ. Bener2 dah macam di inti bumi

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews