Resepi lala tumis mudah dan sedap.

By September 11, 2025

Kalau korang peminat seafood, korang kena cuba masakan berasaskan lala. Rasa manis semula jadi dari lala memang cukup menyedapkan bila dimasak dengan cara yang ringkas. So, cikla nak kongsikan satu resepi yang cukup mudah dan cepat disediakan, tapi hasilnya sangat padu, Resepi Lala Tumis.

Resepi ini sesuai dimakan dengan nasi putih panas, confirm bertambah-tambah nanti. Jom tengok bahan-bahan dan cara masak. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Lala (dibersihkan).
Bawang besar (hiris bulat).
Bawang putih (ditumbuk/dititik).
Cili merah dan cili hijau.
Batang serai – 2 batang (dititik).
Garam dan bahan perasa secukupnya.
Gula – 1 sudu kecil.

Resepi lala tumis mudah dan sedap.
Resepi lala tumis mudah dan sedap.

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih yang sudah dititik dan tumis hingga naik bau wangi.

2. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan batang serai. Kacau rata dan tumis sekejap sampai bahan mula layu dan berbau harum.

3. Tambahkan sedikit air (agak-agak ikut kuah yang diinginkan). Masukkan garam, bahan perasa dan gula. Kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan lala yang sudah dibersihkan. Kacau dan tutup periuk. Biarkan lala masak dalam 2-3 minit sahaja.

5. Bila lala sudah terbuka kulitnya, tandanya ia sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan!

Tips tambahan:

1. Jangan masak lala terlalu lama kerana ia boleh jadi liat.

2. Kalau nak lagi pedas, boleh tambah sedikit cili padi ketika menumis.

3. Hidangan ini lebih sedap kalau dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Mudah kan? Tak sampai 15 minit pun dah siap satu lauk seafood yang menyelerakan. Resepi ini memang sesuai untuk korang yang nak masak cepat tapi tetap nak rasa sedap. Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar kepada owner.

You Might Also Like

0 comments