Saling ingat-mengingati itu tanda sayang!
Kadang-kadang bila kita kongsi sesuatu tentang agama, nasihat atau perkara yang baik, pasti ada yang salah anggap. Ada yang fikir kita nak tunjuk pandai, nak nampak lebih baik daripada orang lain atau macam nak “mengajar”. Padahal sebenarnya bukan macam tu pun.
Hakikatnya, bila kita berkongsi kebaikan, niat kita cuma satu, iaitu saling ingat mengingati. Kita ni manusia biasa, tak sempurna. Senang lalai, senang lupa. Sebab tu kita perlukan satu sama lain untuk saling “topup” nasihat, macam kita topup kredit telefon. Bila ada yang ingatkan, kita jadi lebih sedar dan hati pun rasa lebih dekat dengan Allah.
Selain itu, perkongsian itu bukan semata-mata untuk orang lain, tapi juga untuk diri kita sendiri. Kadang-kadang kita tulis atau cakap sesuatu yang baik, sebenarnya itu adalah peringatan paling kuat untuk diri kita.
Tak perlulah nak tunggu jadi ustaz atau ustazah untuk sampaikan benda baik. Asalkan niat kita ikhlas, inshaAllah Allah pandang. Moga dengan perkongsian kecil yang kita buat, walaupun nampak sederhana Allah redha dan beri keberkatan.
Jadi jangan malu untuk sebarkan kebaikan. Kita tak tahu, mungkin perkataan ringkas yang kita kongsikan hari ini mampu jadi asbab kebaikan untuk orang lain dan pahala itu mengalir sampai bila-bila. Mudah-mudahan.
0 comments