Resepi tomyam tumis tanpa perencah.

Hai korang, dah masak ke? Menu apa tu? Cikla nak share dengan korang tomyam tumis tak payah pakai perencah atau pes yang readymade tu. Korang pernah masak tak tomyam pesen camni? Apa pun tenkiu tuan punya resepi. 

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar (potong 4) *
2 ulas bawang putih (ketuk sekali je guna lesung) *
Serai (ketuk) *
Daun limau purut *
Tomato (potong dadu) *
Cili api (ketuk) *
Limau nipis
Ayam (potong kecik)
Sayur (carrot, cauliflower, kubis, cendawan)

Resepi tomyam tumis tanpa perencah.
Resepi tomyam tumis tanpa perencah. Kredit image NurulAin Alaui‎.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan yang bertanda * sampai layu.
3. Kemudian, masukkan air secukupnya.
4. Bila dah menggelegak, masukkan ayam.
5. Renehkan biar ayam betul-betul masak.
6. Lepas tu, masukkan segala jenis sayur yang korang nak letak tu.
7. Jangan lupa perahkan limau nipis, masukkan garam dan perasa kalau suka. Kalau tak suka perasa, tak payah letak.
8. Kalau suka daun ketumbar, boleh tabur atas dia. Kalau tak suka, tak yah. 
9. Hidangkan dengan telur dadar, sambal belacan dan timun. Nasi masak lebih takut tak cukup. 
10. Jemputlah makan, ape tunggu lagi. Haha.

Tuan punya resepi tak menyatakan sukatan bahan-bahan, jadi korang agak-agaklah sendiri ye. Nak banyak letak lebih. Senang. Selamat mencuba.

Kredit resepi dan gambar : NurulAin Alaui‎.

4 comments:

  1. Pernah la jugak bila nak masak tomyam tapi takde perencah. Buat tomyam putih je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 pun boleh. kita yg buat dia kan. hihi

      Delete
  2. Selalu nya saya masak Tomyam pasti pakai paste instan. Baca ini jadi teringin nak buat yg tanpa paste. Baca resep tak terlalu rumit pun ternyata ๐Ÿ˜„. Tx resepnya kak ๐Ÿค—

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews