Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.

Phewww, dah lama kot cikla share pasal drama best kan? Bukan apa, sekarang macam kurang tengok sebab kebanyakan drama pun asyik cintan cintun. Faktor usia barangkali sebab dah kurang layan drama sebegini. Haha. Tapi, drama yang cikla nak share kali ni memang lain sikit. Ber'genre' seram, aksi dan misteri gitu. Episod pun tak banyak, 8 episod je. 

Nafsu sudah pun memulakan tayangannya pada 27 Jun 2024 lepas dengan dua episod terbaru setiap Khamis. Pelakon utama dia Kamal Adli. Rasanya ada jugakla cikla tengok si Kamal ni berlakon cerita ber'genre macam ni, seram-seram contohnya drama Sihir. Lagipun bagi cikla dia berlakon best dalam dalam serius tu ada selit lawak lawak. So, fun la. 

Berbalik pada drama ni, barisan pelakon dia memang dasat gak la. Aqasha contohnya, cikla dah lama tak tengok dia berlakon. So, peminat Aqasha yang rindu lakonan dia, kena la tengokkan. Kiranya macam comeback la.  Okeylah, cikla nak share sinopsis kisah ni sikit. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. Kredit foto myinfotaip.com

Nafsu.
Episod: 8.
Penulis Skrip: Hadi M.Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail, Azhar Amirulhisyam.
Pengarah: Sein Qudsi.
Produksi: Infinitus Films.

Barisan Pelakon;
Kamal Adli sebagai Sam.
Azira Shafinaz sebagai Dina.
Aqasha sebagai Gusti.
Khayrisyah Kemal sebagai Alia.
Nia Atasha sebagai Suria.
Zaii Omar sebagai Ustaz Firdaus.
Ellie Suriaty sebagai Kamariah.
Vanidah Imran sebagai Marina.
Fahrin Ahmad sebagai Dr Azlan.
Riezman Khuzaimi sebagai Tan Sri Hisham.
Rosdeen Suboh sebagai Pak Attan 
Yusuf Bahrin sebagai Zac.
Steve Yap sebagai Foo 
John Bear sebagai Khalid.

Lagu Tema (OST);
Tajuk: Kala Tiba
Artis: Marsha Milan
Komposer: Sein Qudsi
Lirik: Azan Addin

Sinopsis;

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Syamsul atau Sam (Kamal Adli) menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsa dia adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itulah, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Namun hakikatnya, Sam sebenarnya memang mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tapi dia menolak kepercayaan itu sebab bagi dia ia adalah satu sumpahan. Bila Dina (Azira Shafinaz), bekas kekasih Sam, datang mintak tolong untuk mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya untuk membantu Dina. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Dan, kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, yang mana ia melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Apakah kesudahan kisahnya? Mestilah kena tengok sampai ke final kan. 

Korang boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih serta di laman web www.viu.com. 

Selamat menonton.

Kredit info SINI

2 comments:

  1. kisah kisah kehidupan...

    ReplyDelete
  2. boleh cuba tengok nanti...dok lalu lalang jugak dekat viu nie...tapi, mesti premium...kikiki

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews