3 July 2024

Thyroxine dan carbimazole, ada kesan sampingan ke?

Thyroxine atau levothyroxine, adalah pil penggantian hormon tiroid (T4) untuk pengidap hypothyroid tak kiralah mereka menjadi hypo disebabkan oleh pembedahan total, RAI atau mereka yamg memang sedia hypo dari azali lagi. Biasanya, thyroxine ni takde kesan sampingan  bila ia diambil pada dos yang sesuai. Tapi nama pun ubat, macam mana pun ia boleh mempunyai kesan sampingan jugak.

Thyroxine dan carbimazole, ada kesan sampingan ke?

Antara kesan sampingan biasa thyroxine termasuklah:

1. Overdose Thyroxine (kalau dos yang diambil terlalu tinggi), boleh menyebabkan pengidap mengalami:

- Rasa berdebar-debar (palpitations).
- Degupan jantung yang laju (rapid heart rate).
- Gegaran (tremors).
- Berpeluh (sweating).
- Gementar (nervousness).

2. Kurang dos thyroxine (kalau dos yang diambil terlalu rendah), boleh menyebabkan pengidap mengalami:

- Keletihan (fatigue).
- Kelesuan.
- Mudah untuk kena selsema.
- Sembelit.
- Kulit kering.
- Penambahan berat badan.
- Haid yang tak teratur.

3. Alahan (Allergic reactions).

Walaupun keadaan atau situasi ni jarang berlaku, namun ada sesetengah pengidap mungkin mengalami reaksi alahan seperti berikut:

- Ruam. 
- Gatal-gatal.
- Bengkak (terutamanya pada muka/lidah/tekak).
- Pening yang teruk.
- Kesukaran bernafas.

(Selalunya alahan berlaku kepada mereka yang mengambil thyroxine jenama THYROSIT, sebab tak semua orang yang sesuai atau tak sesuai dengan satu-satu jenama).

4. Kesan sampingan  yang kurang kerap berlaku, seperti:

- Sakit kepala.
- Rambut gugur (biasanya sementara).
- Kelemahan otot (muscle weakness).
- Perubahan selera makan. 

5. Interaksi thyroxine dengan ubat lain boleh  mengurangkan penyerapan dan keberkesanan thyroxine. Namun, thyroxine boleh berinteraksi (interact) dengan ubat tertentu, seperti:

- Suplemen zat besi.
- Suplemen kalsium.
- Antasid yang mengandungi aluminium hydroxide atau magnesium hydroxide (untuk lebih detail sila Google atau bertanya kepada pakar ya).

Adalah penting bagi pengidap yang mengambil thyroxine supaya jangan skip rutin ambil darah supaya tahap hormon tiroid dapat dipantau secara berkala. Untuk meminimakan kesan sampingan, doktor akan adjust dos berpandukan result ujian darah.

Jom baca kesan sampingan untuk carbimazole iaitu ubat ni untuk mereka yang mengidap hyperthyroid. Mereka yang masih amik carbimazole, tolonglah  jangan skip ubat supaya doktor mudah nak pantau dan seterusnya mencadangkan sama ada terus ambil carbimazole dos rendah (5mg - 20mg sehari) atau buat rawatan Radioiodine (RAI) ataupun pembedahan. 

Antara kesan sampingan biasa carbimazole termasuklah, carbimazole mempunyai beberapa kesan sampingan yang biasa termasuk loya, muntah, sakit kepala, ruam, sakit sendi dan perubahan sistem gastrousus. Gastrousus merujuk kepada penyakit yang melibatkan saluran gastrousus, iaitu esofagus, perut, usus kecil, usus besar serta rektum dan organ aksesori penghadaman, hati, pundi hempedu, dan pankreas (sumber info-Google). Jadi, jangan hairan apabila doktor mencadangkan untuk buat upper endoscopy dan colonoscopy.

Namun, kesan sampingan yang lebih serius walaupun jarang berlaku, termasuklah :

1. Disfungsi hati, merujuk kepada pelbagai keadaan di mana hati tak berfungsi secara optimum. Ini mungkin datang dari pelbagai punca seperti penyakit hati berlemak, gangguan autoimmune dan ubat-ubatan

2. Penurunan teruk dalam bilangan sel darah putih. Ia akan meletakkan  individu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan yang serius.

3. Tindak balas alahan (allergic reactions)

Kalau seseorang mengalami simptom yang menunjukkan tindak balas alahan semasa mengambil carbimazole, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera Ikutlah nasihat doktor untuk memulakan sebarang prosedur rawatan yang lain sekiranya anda mendapat gejala yang serius. 

Kesimpulannya, boleh nampak tak kenapa hypothyroid lebih mudah untuk manage berbanding dengan hyperthyroid? 

Kredit info : fb page TIROID DAN ANDA ORI.

5 comments:

  1. semoga semua ubatan yg wajib kite ambil tidak memberi kemudaratan pd kite :( :(.. just berharap walaupun hakikatnye yer.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Kita beriktihar Allah yang jua yang memlnyembuhkan

      Delete
  2. Jujur saya agak seram baca efek2 nya 😔. Tapi memang lah kita hrs tahu agar tidak salah mengambil dosis obat kan. Pentingnya utk selalu rutin konsultasi dan meminum obat yg diresepkan dokter secara teratur.

    ReplyDelete