'santai tapi sampai'

Antara banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng kampung menjadi kegemaran cikla. Kalau dulu suka nasi goreng biasa, tapi sejak sejak ni nak tu...

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.

Antara banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng kampung menjadi kegemaran cikla. Kalau dulu suka nasi goreng biasa, tapi sejak sejak ni nak tukar selera. Kalau beli kat kedai tu biasalah ada kalanya tak memuaskan hati. Iyelah, mana sama dengan buat sendiri kan. Perencah banyak, sayur selambak. Nak puas hati masak sendirilah, haha. 

Okeylah, kali cikla nak share resepi nasi goreng kampung cara cikla. Mungkin korang ada cara lain kan, tapi bagi cikla resepi ni yang paling senang. 

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 

Bahan-bahan:

Nasi putih.
Bawang merah.
Bawang putih. 
Cili api.
Ikan bilis.
Sedikit belacan. 
Sayur kangkung.
Kicap manis kipas udang.
Garam dan perasa.
Minyak.

Cara buat:

1. Bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan ditumbuk sehingga halus. Kalau cikla suka kasar kasar sikit. Masak menumbuk tu masukkan garam, agak agak je la.
2. Masukkan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Bila dah garing, angkat dan ketepikan. 
3. Dengan menggunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tu (kalau minyak banyak, luakkan sikit), tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing dan naik bau. Selepas itu, masukkan kicap. Kacau sekejap. 
4. Kemudian, masukkan nasi putih, ikan bilis goreng dan kangkung, garam dan perasa. Gaul rata dan masak sampai kangkung layu.  
5. Bila dah rata digaul semua, tutup api dan bolehlah dihidang. 

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 

Bahan tu cikla agak agak je tau. Tengok pada kuantiti nasi putih yang korang guna. Nak tambah isi ayam ke, telur ke boleh je. Pendek kata, kalau orang nak tambah apapun jat dalam nasi tu, tambah je la, tapi yang penting kena ada kangkung dengan ikan bilis goreng. Nak pedas lagi tambah je cili banyak-banyak. Selamat mencuba. 

2 comments:

  1. Ini makan fav saya sebenarnya. Dari sejak masih di Penang. Tapi terkadang sering juga dpt penjual yg tak sedap masaknya, trutama ikan bilis yg asiiiiin sangat 🤣.

    Kemarin di KLIA 2, sambil menunggu papa dan adik2 landing, saya makan di foodcourt bandara, dan pesan nasi goreng kampung. Tapi tuhlaah, sedap, cuma ikan bilisnya saya tak kuat, asin sangaaat. Yg ada terpaksa tak habis. Krn asinnya pun dah merusak rasa nasi.

    Menag hrs coba buat sendiri 👍😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kadang kalau beli di kedai tak kena dengan selera kita kan. Sesekali buat sendiri okey juga.

      Delete