'santai tapi sampai'

Tak dinafikan memang banyak drama baru sekarang. Pelakon-pelakonnya pun ada yang cikla tak kenal. Hihi. Mana taknya, pelakon baru muncul mac...

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.

Tak dinafikan memang banyak drama baru sekarang. Pelakon-pelakonnya pun ada yang cikla tak kenal. Hihi. Mana taknya, pelakon baru muncul macam cendawan tumbuh kan? Salah satu drama yang baru sangat ditayangkan, drama ni la. Pengantin Pasti Jadi di slot Lestary, TV3. Drama ni adalah drama berepisod yang ditayangkan setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam. Jom la baca cikla nak share sinopsis drama ni. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. Kredit image SINI

Pengantin Pasti Jadi.

Episod : 20.
Tarikh Tayangan : 11 Julai 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Pengarah : Ayie Mustafa dan Kyoll Hamzah.
Penulis Skrip : Nieza Nahar.
Produksi: Creative Skill Solution.

Pelakon :

Ali Reza sebagai Raid Amzan.
Asha Merican sebagai Nureen Hasha.  
Lana Nordin sebagai Seri Hanim.
Khaty Azian sebagai Datin Hasnah.
Faye Kusairi sebagai Puan Sri Izan. 
Daniesh Suffian sebagai Fikri. 
Sera Melissa sebagai Nadra. 
Ungku Hariz sebagai Ben. 
Cintaa Aiyuni sebagai Zara. 
Wawa Azuwar sebagai Ida. 
Shyrim Husni sebagai Norman. 
Ana Dahlia sebagai Afida. 
Riesha Aslan sebagai Irina. 
Fieza Hanafie sebagai Datin Rose. 
Zizi Hazirah sebagai Secretary Nureen. 
Heidi Nur Aleesya sebagai Thia. 
Kirana Batrisya sebagai Azza Hasha. 

Lagu OST :

Tic Tac Toe - Amir Mirza. 
Kau Dengannya - Nova. 
Bidadari - Afiq. 
Diam-Diam Aku Mencintaimu - Jaclyn Chia.
Aryan Adzrin sebagai Amin.

Sinopsis:

Drama mengisahkan tentang kehidupan Raid Amzan lakonan Ali Reza dan Nureen lakonan Asha Merican yang mana mereka ditinggalkan pasangan masing-masing pada hari pernikahan mereka. Kedua-dua perkahwinan tersebut itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim, seorang pengusaha produk kecantikan dan influencer lakonan Lana Nordin, ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah lakonan Khaty Azian, iaitu ibu Raid Amzan. 

Oleh kerana masing-masing terjebak dalam situasi "tragedi Pengantin Tak Jadi”, kisah mereka menjadi viral. Susulan peristiwa itu, Raid dan Nureen decide untuk pergi bercuti tanpa dirancang. Kebetulan pulak, mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian itulah, first time mereka berjumpa. Sejak dari pertemuan pertama itu jugak mereka telah mula bergaduh. Kalau jumpa tu, ada je situasi yang tak best jadi yang menimbulkan pergaduhan.

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Namun, tanpa mereka sedar, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat. Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia lakonan adik Heidi Nur Aleesya yang berusia 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Walau bagaimanapun, keakraban mereka tak mendapat restu dari Datin Hasnah dan Seri Hanim. Pelbagai konflik tercetus untuk memisahkan mereka. Berikutan itu, Norman lakonan Shyrim Husni iaitu ayah kepada Nureen masuk campur dalam masalah ni dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. 

Namun, kekecohan demi kekecohan berlaku bila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui mengenai pernikahan tersebut, sehinggalah Norman campur tangan dan akhirnya mendapat sebulat suara dari Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tapi konflik terus berlaku. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Apakah kesudahan kisahnya? Mesti banyak babak yang lucu dan tak kurang jugak romantik kan? So, jangan lepaskan peluang tengok sampai ke akhir episod ya. Selamat menonton.  

Kredit info : SINI

6 comments: