'Santai Tapi Sampai'

17 July 2024

Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap.

Tipulah kalau korang kata korang tak kenal terung. Terung ni bagi cikla sayuran yamg mudah kita jumpa dan menjadi menu kegemaran bagi ramai orang kat Malaysia ni. Rupanya selain dari warna ungu, terung ni ada warna puth dengan hijau jugak. Cikla baru tau. 

Orang selalu letak terung ni dalam gulai, kari, asam pedas. Ada yang bakar, celur buat ulam. Macam-macam style. Tapi yang paling sedap bagi cikla, terung tumis dengan belacan. Sedap tau. Makan ni je dengan nasi tak payah lauk lain pun dah bertambah-tambah. Hancur diet. Haha. 

Sebelum cikla nak share resepi terung tumis belacan versi cikla ni, cikla nak cite sikit beberaap manfaat atau kebaikan yang ada pada terung terutama untuk kesihatan. 

Kalau korang nak tau, terung ni kaya dengan zat besi, rendah kalori, tinggi serat, mengandungi bioflaconoid yang tinggi yang ia baik untuk kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi, meredakan stres, membantu menurunkan kadar kolestrol jahat, mencegah diabetes dan mengandungi kalsium yang boleh menguatkan sendi serta tulang.

Okeylah, jom kita tengok bahan dan cara nak masak dia. Jangan risau mesti jadi punya. 

Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap.
Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap. 

Bahan-bahan:

3 biji terung (dibersihkan dan dipotong).
1 labu bawang merah.
3 ulas bawang putih. 
Sedikit ikan bilis.
1 sudu besar cili giling.
Belacan (berapa banyak ikut suka).
Minyak, garam, perasa.

Cara nak masak: 

1. Masukkan garam dalam lesung batu dan tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sampai lumat. Masukkan belacan dan tumbuk lagi. Selepas tu masukkan cili giling dan gaul dengan bahan yang dah ditumbuk tadi dalam lesung batu.  

2. Panaskan minyak, bila minyak dah panas masukkan bahan tumbuk tumis sampai naik bau dan garing. Selepas itu, masukkan terus dan sedikit air. Tutup kuali dan biarkan sampai terung empuk.

3. Bila dah empuk, taburkan perasa. Kalau tawar, tambahlah garam lagi. Gaul rata, dan boleh dihidang. 

Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap.
Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap. 

Sedap dimakan dengan nasi panas. Tak sedar berpinggan-pinggan menambah. Hihi. Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment