Minggu lepas cikla sekeluarga berkesempatan memaniskan tekak di Kula Cakes Shop, Kuantan. Sebenarnya, sebelum ni dah beberapa kali jugaklah datang ke Kuantan ni, tapi baru kali ni ada rezeki nak datang singgah. Rasanya orang Kuantan dan kawasan sekitar mesti dah tau kedai ni kan? Salah satu kedai kek yang paling popular kat sini. Time cikla datang pun, orang memang ramai siap kena beratur kat luar sebab kedainya agak comel tak muat kalau ramai-ramai masuk. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Menu paling top kat sini sudah tentulah mango cheese cake. Tapi cikla beli slice je, orang kata buat raso raso. Haha. Mango cheese cake ni dia ada jugak dijual sebiji. Ada jugak kek jenis lain dijual iaitu pavlova, red velvet, toblerone cheese, creme brulee, brownies, victoria sandwich dan kek lobak. Kitaorang beli red velvet dengan burn cheesecake jugak. Dua-dua sedap. Khayra pun suka makan yang burn cheesecake tu. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
                Mango cheese cake. Kek paling popular di Kula Cakes.
 
Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Sedia untuk dinikmati. Haha. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Burn cheesecake dan red velvet cake pun sedap. Recommended. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Mango cheese cake slices. Harga RM11.90 per slices.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Kita kasi close up sikit. Hihi. 

Pilihan minuman pun macam biasalah ada ice coffee, ice cocoa, tapi minuman special di Kula Cakes adalah Pandan Cooler. Suami cikla order jugak, tapi cikla tak rasa pun. Bau pandan dia memang semerbak. 

Ruang makan dia pulak santai berkonsepkan taman dengan dekorasi dinding mural berkonsepkan hidupan hijau. Memang nice sangat. Boleh la ootd sekeping dua kan buat kenangan. Hihi.  

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.
Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga. 

So, korang yang datang ke Kuantan jangan lepaskan peluang singgah sini ya. Kula Cakes beroperasi setiap hari kecuali Isnin.