'Santai Tapi Sampai'

27 June 2024

Kerana lidah, badan binasa.

Lidah adalah perkara yang dapat menyebabkan musuh menjadi teman, lawan menjadi rakan. Dengan lidah juga menyebabkan pasangan suami isteri berpisah. Menyebabkan keluarga bergaduh antara adik beradik. Nauzubillah. 

Elakkan dari berbicara mengenai keburukan peribadi insan lain. Elakkan dari berbicara keaiban manusia yang tiada kena mengena dengan kemaslahatan orang ramai. Rasulullah bersabda yang bermaksud;

"(Muslim yang baik) ialah orang yang kaum muslimin yang lain (selamat dari kejahatan) lisan dan tangannya." [Sahih Muslim No.59]

Cuba kita muhasabah diri, adakah kita menyebabkan orang lain rasa selamat dari keburukan lidah kita yang suka menceritakan mengenai kisah peribadi orang lain? 

Ataupun orang lain rasa takut dengan kita disebabkan sikap kita yang suka memaki hamun, suka bercerita aib orang lain dan sebagainya?

Kerana lidah, badan binasa.
Gambar sekadar hiasan. Kredit Google. 

Jika kita lihat rakan kita sedang berbicara mengenai keburukan orang lain, ketahuilah, tidak mustahil dia akan berbicara mengenai aib diri kita di hadapan rakannya yang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Dan janganlah kalian saling mengumpat. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Bertakwalah Kepada Allah!" (Surah al-Hujurat: 12)

Moga bermanfaat. 

Kredit To Owner. 

5 comments:

  1. Tp wujud manusia yg asal buka mulut je mesti nak bercerita ttg org. Cerita buruk ttf diri sendiri dia simpan elok2

    ReplyDelete
  2. betul... jagalah mulut sebaik-baiknya.. kalau rasa x perlu buka mulut, jgn dibukak.. bukak telinga sudah memadai..

    ReplyDelete
  3. Agree. Itulah kenapa lebih baik diam, kalo memang tak bisa mengucapkan kata manis. Di saat marah, better menjauh dulu. Drpd kluar Kata2 yg tak pantas utk orang lain, Krn hati dan pikiran masih panas

    ReplyDelete