Resepi mee bandung sedap.

Cikla memang suka makan mee bandung. Tapi sejujurnya tak pernah buat sendiri. Hihi. Sekarang ni pun dah ada jual pes readymade kan. Tinggal tumis, letak sayur dan tambah telur. Pendek kata, nak letak apa pun ikut suka kau la. Tapi, nak cari kuah mee bandung yang kena dengan tekak agak payah jugak. Sebab cikla selalu dapat yang kuat bau dan rasa udang keringnya. Kalau cikla buat sendiri, memang letak sikit je la udang keringnya. Hihi.

Dan, kali ni cikla nak share resepi mee bandung yang pada cikla senang nak buat (bila dibaca resepinyalah kan). Haha. Jom tengok bahan-bahannya dulu. 

Resepi mee bandung sedap.
Resepi mee bandung sedap. 

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering.
1 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih.
1 pack udang kering.
1/2 inci halia.

Bahan lain:

500 gm daging rebus ambil airnya.
15-20ekor udang.
1 biji lobak merah.
1 biji tomato.
2 pokok sawi pak choi.
5 biji telur.
1 kg mee kuning cuci dan celur.
1 cawan kacang tanah, goreng dan kisar kering.
4 sudu besar tepung jagung bancuh air untuk pekatkan kuah.
Daun sup.
Bawang goreng.
Garam.
Gula.
Perisa 1 kiub ayam.
2 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar sos cili.

Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar sampai garing, kemudian masukkan sos cili, sos tiram, air daging dan tambah air. Ikutlah banyak mana nak kuah.

2. Bila kuah dah mendidih, masukkan kiub ayam, garam, gula, daging, udang dan lobak merah. Perasakan ikut selera sendiri ye.

3. Bila mendidih lagi sekali, masukkan sawi, tomato dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau, nanti telur hancur.

4. Masukkan kacang tanah dan air tepung jagung. 

5. Masukkan mee dalam mangkuk, kemudian curah kuah dan tabur daun sup dan bawang goreng.

6. Siap untuk dinikmati. 

Selamat mencuba.

Kredit resepi dan gambar : Mama Sweet Bakery. 

6 comments:

  1. Sedapnya tu terus terliur tengok.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedapnyer
    Udang pun ramai

    ReplyDelete
  3. Saya belum pernah coba mee bandung. Tiap kali ke KL selalu lupa nak coba dan cari kuliner ini ๐Ÿ˜„. Nanti nak coba dulu, baru buat sendiri. Krn terkadang saya hrs tau rasa aslinya sebelum membuat

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews