Guna 5 bahan je. Kalau buat pagi, malam dah boleh ngapp! Kalau buat malam pulak, paginya dah boleh makan. Hihi. Baca resepi memang senang sangat, gerenti semua boleh buat.  Jom tengok bahan dia. 

Bahan-bahan :

1 tin susu cair.
1 sudu kecil esen vanila.
1 sudu besar ovallete.
Setengah cawan serbuk coklat / koko.
4 sudu susu pekat.

Resepi aiskrim coklat homemade guna blender je.
Aiskrim coklat homemade.

Cara-cara :

1. Mula-mula, campur semua sekali dalam blender. Blend tu sampai halus, ringan, fluffy dan gebu gebas. Anggaran masa dalam 5 minit camtu.

2. Dah lepas blend tu, apa lagi masukkanlah adunan dalam bekas yang sesuai. Adunan ni memang cair pun. Jangan risau sebab lepas masuk peti nanti dia beku elok molek jer.

3. Sebelum sejukkan tu bolehlah tabur choc rice kalau ada atau apa-apa topping lagilah yang korang suka.

4. Akhir sekali, masukkan dalam peti ais. Seeloknya buat malam supaya dia beku semalaman tanpa gangguan buka tutup.

Nak buat sama-sama dengan anak anak pun boleh pasal senang sangat. Sekaligus mengeratkan family bonding gitu. 

Selamat mencuba ya.

KREDIT RESEPI DAN GAMBAR : KUSHAIRY CREWZ SOLEHAH JOHARI.