Waktu sembelih binatang korban hari raya Aidiladha

Selamat hari raya Aidiladha semua. Jom kita refresh balik bilakah waktu yang dibolehkan untuk sembelih binatang korban pada hari raya Aidiladha. 

Bermula selepas timbulnya matahari pada 10 Zulhijjah. Kadar timbul matahari boleh dikira selepas selesainya solat sunat hari raya Aidiladha dan dua khutbah yang tak terlalu panjang. 

Waktu sembelih binatang korban hari raya Aidiladha
Gambar sekadar hiasan. Kredit Google. 

Kalau sembelihan dibuat sebelum waktu ini, ia tak dikira sebagai korban dan hanya dikira sebagai sedekah sahaja (sembelihan untuk mendapat daging semata-mata).

Waktu sembelihan korban adalah selama 4 hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari tasyrik berakhir setelah terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika dilakukan selepas itu, ianya tak dikira sebagai korban dan dikira hanya untuk mendapatkan daging semata-mata.

Kalau seseorang itu bernazar untuk melakukan korban dan tak sempat melakukannya dalam hari-hari tasyrik, maka dia wajib melakukan korban tersebut walaupun tempohnya sudah tamat. Korban tersebut dikira sebagai qada dan qada tak gugur dengan berlalunya waktu.

Waallahualam. 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews