'Santai Tapi Sampai'

17 June 2024

Jom ambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim AS dan hari raya Aidiladha.

Hari yang sarat dengan makna dan penuh pengajaran. Itulah hari raya Aidiladha atau hari raya qurban. Ia bukan hanya semata-mata merayakan hari penting bagi umat islam namun ia jugak memperingati kisah agung Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS. Kisah ini bukan sekadar cerita, tapi ia mengandungi pengajaran atau ibrah yang mendalam bagi setiap hamba Allah yang mahu merenung dan mengambil pengajaran.

Nabi Ibrahim AS adalah contoh hamba Allah yang taat dan patuh. Baginda diuji dengan ujian yang amat berat iaitu diperintahkan untuk mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail AS. Baginda tetap beriman dan berserah sepenuhnya kepada Allah walaupun dalam keadaan begitu sukar. Hakikatnya, inilah erti sebenar pengorbanan dan ketaatan kepada Allah.

"Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu," kata Nabi Ibrahim AS kepada anaknya, Ismail AS. Betapa beratnya ujian itu, tetapi Nabi Ismail AS menjawab dengan penuh keimanan, "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah, engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." 

Jom ambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim AS dan hari raya Aidiladha.

Pengajaran pertama yang kita dapat dari kisah ini adalah tentang ketaatan mutlak kepada Allah. Dalam hidup ini, kita memang tak lepas dari ujian dan cabaran yang mungkin datang dalam bentuk berbeza-beza. Tapi, setiap ujian ini adalah peluang untuk kita menunjukkan ketaatan dan keimanan kita kepada Allah. Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS telah menunjukkan contoh ketaatan yang takde bandingannya.

Pengajaran kedua adalah tentang pengorbanan. Hari Raya AidilAdha mengingatkan kita tentang pentingnya pengorbanan dalam kehidupan. Pengorbanan bukan hanya dalam bentuk harta benda, tapi juga masa, tenaga dan perasaan. Kita harus bersedia untuk berkorban demi kebaikan dan kebahagiaan orang lain serta demi mencapai keredhaan Allah. Nabi Ibrahim AS rela mengorbankan sesuatu yang sangat berharga baginya demi mentaati perintah Allah.

Pengajaran ketiga adalah tentang keikhlasan. Segala amalan dan pengorbanan yang kita buat haruslah dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menunjukkan keikhlasan yang tinggi dalam melaksanakan perintah Allah. Mereka tak mencari penghargaan atau pujian dari manusia, tapi hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Waallahualam. 

Kredit to Owner. 

5 comments:

  1. Hai CikLaaa. Salam kenal. Saya singgah baca entry dan komen yaa. Selamat hari rayaaaa ! Saya follow sini :) Jemput singgah blog sayaa. Hehehe

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya cikla...

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah qurban

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg sangat bermanfaat.. Salam Aidiladha

    ReplyDelete
  5. Di antara banyak cerita nabi, memang cerita nabi ibrahim ini yg paling membekas di minda dari zaman kecil. Banyak pengajaran dari kisahnya, dan semoga kita semua belajar dari apa yg dicontohkan nabi Ibrahim AS.

    ReplyDelete