Lamanya blog cikla ni bersarang. Hihi. Okeylah, untuk permulaan entri ni kekonon nak amik mood mulakan blogging balik, cikla nak share petua mudah yang rasanya kebanyakan orang mengalaminya. Jom baca. 

Kadang-kadang kan bila tumit pecah ni pedihnya memang aduhh menusuk ke kalbu gitu. Nak berpijak pun sakit. Betul tak? Mungkin dah cuba macam-macam krim ubat semua tapi tak jalan, apa kata try petua ni pulak. Mana tau serasi. Sekurang-kurangnya kuranglah sikit kepedihan tu. Hihi. 

Hilangkan pecah pada tumit kaki semudah ABC. Jom cuba.
Hilangkan pecah pada tumit kaki semudah ABC. Jom cuba. Kredit Google. 

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya guna garam bukit). Lakukan sekerap mungkin sampai tumit kaki jadi licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sampai jadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2 cm kunyit hidup sampai hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu sampai tumit kaki jadi elok. 

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukan pada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat mencuba.